Friday, April 18, 2014

~SAHSIAH SISWA~


DARI FACEBOOK IKIM.FM
EKPSRESI | Bersama DJ Faiz Hj Othman IKIMfm dan DJ Rizal.

SUARA SISWA |16 APRIL 2014 | Bersama dengan Saudari Nik Fatma Amirah Nik Muhamad dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan kupasan tajuk "SAHSIAH SISWA".


1-Apa itu sahsiah pada pandangan anda?

Sebagai pembukaan suka untuk saya menyebut tentang:
Perkataan Syakhsiyyah:

Berasal dari syakhsun- yang memberi erti keperibadian atau peribadi…sistem kecenderungan bertingkah laku individu..setiap individu ada cara bertindak yang tersendiri..dan cara bertindak itu lebih kurang sama dari sehari ke sehari jika mereka tidak mempunyai usaha untuk merubahnya menjadi yang lebih baik..
مجموعة الصِّفات التي تميِّز الشَّخص عن غيره فلان 
الشَّخصيَّة القويَّة : علوم النفسإنسان ذو صفاتٍ متميِّزة(

-Masalah sahsiah ini menjengah dalam setiap lapisan masyarakat…masalah akhlak menjadi satu ancaman kepada sesebuah Negara.. Krisis di dunia sekarang ini adalah krisis akhlak, krisis pelajar adalah akhlak, krisis pemimpin juga akhlak ,dan yang paling besar adalah krisis ummah juga krisis akhlak..lihat sahaja di dada-dada akhbar, tentang pelbagai kebejatan social dan sebagainya yang tidak perlu saya huraikan secara detail…
-Masalah akhlak dan sahsiah tidak boleh diambil ringan kerana agama Islam menyeru ummatnya untuk sentiasa berakhlak dengan akhlak yang mulia…Ayat yang sering dibaca 
إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق   menjadi bukti bahawa perutusan Rasulullah oleh Allah untuk mengajarkan manusia akhlak dan sahsiah yang mulia…Jika kita telusuri: Rasulullah dikagumi dikalangan masyarakatnya bukan kerana ilmu, tetapi kerana akhlak..

Allah SWT dengan firman-Nya,
“Dan sesungguhnya engkau benar-benar berada di atas akhlak yang mulia.” (Al-Qalam: 4)
Sa’ad bin Hisyam pernah bertanya kepada ‘Aisyah r.ha. tentang akhlak Rasulullah, maka ‘Aisyah r.ha. menjawab,
“Akhlak Baginda ialah al-Quran.”

2. Pandangan anda berkenaan sahsiah siswa hari ini? 
-berbalik kepada tajuk yang diberikan kepada saya pada malam ini, adalah tentang sahsiah siswa.
-Sahsiah seorang mahasiswa merujuk kepada tingkah laku sekumpulan manusia yang simbolik dengan intelektualnya yang tinggi, aras pemikiran yang advance dan manusia yang mempunyai tahap minda kelas pertama..
-Saya lontarkan satu persoalan kepada semua mahasiswa dan mahasiswi, jika anda seorang yang mempunyai ciri-ciri yang saya sebutkan di atas tadi yang mempunyai nilai intelektual yang tinggi, dan sebagainya, jadi adakah wajar anda kita tonjolkan akhlak atau sahsiah yang tidak baik?
-Tidak wajar bukan? Tetapi pada hari ini sebaliknya berlaku...terdapat segelintir mahasiswa yang runtuh akhlaknya, yang bebas pergaulannya, yang terlibat dengan  pelbagai masalah dan gejala social..
Masalah gejala social yang melibatkan pelajar IPT sering mendapat perhatian daripada pihak media..
1-Mahasiswa berkhalwat-dalam akhbar 16 Januari 2010
2-Terlibat dengan penyalahgunaan dadah
3-Mengandung luar nikah
Terdapat juga masalah-masalah lain yang membabitkan mahasiswa iaitu pergaulan bebas dan sebagainya…

Masalah ini teramat membimbangkan kerana masalah-masalah sosial ini berlaku dalam kelompok mahasiswa yang mana merekalah yang menjadi tunjang kepada pembinaaan satu-satu bangsa dan Negara…Akhlak mahasiswa penentu kepada kegemilangan tamadun satu-satu bangsa kerana merekalah bakal pewaris tampuk pimpinan Negara…masa depan Negara berada ditangan mereka…

Ahmad Syauqi (merupakan penyair pada zaman ini,zaman moden atau disebut didalam bahasa arab sebagai asru hadis) rahimahullah berkata:
إِنَّمَا الأُمَمُ الأَخْلاَقُ مَا بَقِيَتْ . فَإنْ هٌمَ ذَهَبَتْ أَخْلاَقُهُمْ ذَهَبُوْا
Sesungguhnya kejayaan suatu bangsa tergantung akhlak/moralnya, manakala moral mereka rusak, maka hancurlah bangsa itu.lihatlah apa yang berlaku kepada ummat terdahulu, empayar-empayar runtuh hanya akibat akhlak atau perilaku…

Semoga Allah memelihara Negara kita daripada meningkatnya gejala ini..

3-Apakah model sahsiah yang terbaik yang perlu ditonjolkan oleh mahasiswa pada hari ini kepada masyarakat sekeliling?
Melahirkan Graduan yang berilmu dan berbudi bahasa merupakan antara matlamat pendidikan Malaysia…

Tan Sri Dr Rais Yatim yang merupakan Penasihat kerajaan dalam hal ehwal social dan kebudayaan dan juga presiden UIAM menyatakan di dalam Akhbar Sinar Harian- Graduan yang berilmu tetapi tidak berbudi bahasa hanya menjadi sia-sia kepada pembangunan Negara”

Ini jelas menunjukkan mahasiswa seharusnya menonjokan akhlak yang baik.
Model sahsiah yang perlu ditonjolkan oleh mahasiswa adalah:



1- Menjadi seorang yang berakhlak mulia dan menjadi muslim yang sebenar yang mengamalkan islam dengan betul

-Menjadi seorang muslim yang sebenar adalah penting
-Mempamerkan akhlak yang terbaik kepada semua
-Dalam buku Pembangunan di Malaysia: Ke Arah Satu Kefahaman Baru Yang Sempurna, tulisan Prof Wan Mohd Nor Wan Daud ada mengungkapkan bab yang penting iaitu Peranan Pendidikan Islam di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Bagi Prof Wan Mohd Nor, peringkat universiti cukup genting untuk menyusun dan memantapkan kefahaman Islam seseorang. Jika ketika peringkat tertinggi ini tidak diberi perhatian, ramai akan kecundang akibat arus deras kejutan budaya.
-jangan mudah terpengaruh dengan gerakan-gerakan yang membawa kepada penggadaian agama atau murtad..


22-Berakhlak dengan Ibu bapa,Lecturer,Rakan2 dan Ilmu

Ibu bapa
-Sahsiah mahasiswa yang terpuji adalah mereka sentiasa menghormati dan memberi khidmat yang terbaik kepada ibu bapa..
-bukan sahaja tertumpu kepada khidmat kpd masyarakat,tetapi ibu bapa dahulu yang diutamakan..
Lecturer
-Mahasiswa seharusnya berakhlak dengan guru atau lecturer.
-Memenuhi tuntutan yang diberikan oleh lecturer,menyiapakn asimen atau tugasan yang diberikan awal.
-beradab semasa menuntut ilmu-mencontohi ulamak2 dahulu yang sangat patuh kepada arahan guru-guru..keberkatan ilmu terpancar dari akhlak yang mulia kepada guru..
Rakan
-Berakhlak kepada rakan sebaya yang menjadi teman ketika di university
-berkongsi ilmu dengan mereka
Ilmu
-Berakhlak dengan ilmu dalam kalangan mahasiswa boleh dikaitkan dengan unsur-unsur plagiarism yang banyak berlaku dikalangan mahasiswa…budaya copy paste asimen atau sebagainya berleluasa berlaku..
-Banyak kes Meniru yang berlaku di dalam dewan peperiksaan akibat tidak amanah kepada diri sendiri…

3  3-Menjauhi maksiat yang boleh menggelapkan hati
-penuntut ilmu memerlukan satu hati yang cukup dekat dengan Allah, hati yang sentiasa mengadu kepadanya saat ditimpa masalah dalam menuntut ilmu..
-Allah memilih manusia untuk meletakkan ilmu di dada mereka…dada-dada atau hati-hati yang penuh maksiat, ilmu susah untuk hidup didalamnya…ilmu menjauhi mereka yang melakukan maksiat..العلم نور ونور الله لا يهدى للعاصي..
Cukuplah dengan contoh yang berlaku kepada Imam syafei :
شكوت إلى الوقيع سوء حفظي فأرشدني بترك المعاصي..
Suatu hari aku bertemu Waqi` guruku, aku mengadu tentang lemahnya hafalanku…Guruku menasihatiku untuk aku meninggalkan maksiat..

Ini jelas menunjukkan bahawa mahasiswa tidak seharusnya terlibat dalam kemaksiatan kerana sekarang masanya untuk kita rebut cahaya2 ilmu dan mengamalkannya..

4- Menjadi mahasiswa yang unggul dan banyak berkhidmat untuk masyarakat

-Menjadi mahasiswa yang unggul yang memiliki pemikiran kelas pertama-
-Minda pelajar-jangan minda bawah tempurung, berjiwa besar, Mahasiswa yang mempunyai aras pemikiran tinggi, pemikiran kelas pertama,
-Peranan mahasiswa untuk menjadi mahasiswa yang unggul supaya mereka disegani oleh masyarakat..mereka menjadi tokoh-tokoh atau pemimpin persatuan yang membawa kepada pembaikan Negara..
-tiada guna menjadi mahasiswa yang bijak,tetapi tidak mampu memberi sesuatu kepada masyarakat
-menulis buku, melakukan kerja kerja khidmat social-
-Prinsip-خير الناس أنفعهم للناس Mereka yang terbaik, yang banyak memberi kebaikan kpd org lain…


4. Adakah teknologi hari ini mengganggu dan meruntuhkan lagi nilai-nilai sahsiah pelajar?

-Ya teknologi hari ini sangat mengganggu mahasiswa dan meruntuhkan nilai sahsiah pelajar. Dunia tanpa sempadan,maklumat hanya dihujung jari.
-Utusan Malaysia pada tahun 2004 pernah menyebut: Perkembangan teknologi merupakan suatu anugerah kepada manusia namun masyarakat perlu bersedia dengan ledakan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi tersebut yang turut membawa pengaruh negative .
الحكمة ضالة المؤمن-
Kita tidak mampu untuk menyekat teknologi,tetapi kita harus bijak mengendalikannya…
-menjauhi fitnah screen yang sangat berleluasa-laman web pornografi
-mahasiswa perlu bijak memilih yang baik atau yang buruk


5. Peranan rakan sebaya dan ahli masyarakat dalam membentuk sahsiah pelajar?

-Rakan sebaya adalah mereka yang paling rapat dengan mahasiswa semasa diuniversiti...
-Penting untuk berada dalam kelompok-kelompok yang baik-halaqah dan sebagainya..
-peranan ibu bapa dalam memastikan anak-anak mereka selamat daripada gejalan social ketika berada diuniversiti
-peranan masyarakat juga penting-jika ada ternampak segolongn mahasiswa yang terlibat dengan aktiviti2 yang tidak bermoral, menegur mereka…

-penuhi tuntutan amar ma`ruf nahi munkar

6. Saranan buat rakan-rakan siswa dalam memperbaiki sahsiah dan akhlak.
-Saya menyeru kepada semua mahasiswa dan mahasiswi untuk kita sama-sama tonjolkan akhlak2 yang baik..kita adalah harapan bangsa, tiang Negara dan agama..
-Ibubapa-utk ajarkan anak mereka akhlak yang mulia
-bakal mahasiswa, pelajar lepasan SPM yang akan ke menara gading, jaga akhlak dan tingkahlaku..

Khabar gembira oleh Rasulullah kepada kita yang sentiasa melazimi akhlak mulia-
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya orang yang paling aku cintai antara kalian dan paling dekat tempat duduknya denganku pada hari kiamat ialah yang paling bagus akhlaknya (HR TIRMIZI)…

Saidina Ali pernah menyebut:

كما قال علي رضي الله عنه: " ارْتَحَلَتْ الدُّنْيَا مُدْبِرَةً وَارْتَحَلَتْ الْآخِرَةُ مُقْبِلَةً وَلِكُلِّ وَاحِدَةٍ مِنْهُمَا بَنُونَ ؛ فَكُونُوا مِنْ أَبْنَاءِ الْآخِرَةِ وَلَا تَكُونُوا مِنْ أَبْنَاءِ الدُّنْيَا ، فَإِنَّ الْيَوْمَ عَمَلٌ وَلَا حِسَابَ ، وَغَدًا حِسَابٌ وَلَا عَمَلٌ ".

"Sesungguhnya dunia akan  pergi meninggalkan (kita) sedangkan akhirat pasti akan datang di hadapan (kita), dan masing-masing dari  keduanya (dunia dan akhirat) memiliki pengagum, maka jadilah kamu orang yang mengagumi/mencintai akhirat dan janganlah kamu menjadi orang yang mengagumi dunia, karena sesungguhnya saat ini (waktunya) beramal dan tidak ada perhitungan, adapun besok (di akhirat) adalah (saat) perhitungan dan tidak ada (waktu lagi untuk) beramal."
(HR.Imam Ahmad dalam Az Zuhd (halaman 130) dan dinukil oleh Imam Ibnu Rajab Al Hambali dalam kitab beliau Jaami'ul 'uluumi wal hikam (halaman 461)).

-Saya menasihati mahasiswa dan mahasiswi sekalian HIDUPLAH BERSAMA AL-QURAN, fahamilah ayatnya dan bumikan ia di dalam diri supaya ia menjadi akhlakmu…

Mahasiswa Berakhlak Pemangkin Kegemilangan ummah…

Sekian dari saya..Nik Fatma Amirah…Assalamualaikum..




No comments:

Post a Comment

| Suara Siswa Ikim fm- Mahasiswa dan Bahasa Arab |

Alhamdulillah, selesai berkongsi bersama rakyat malaysia tentang Mahasiswa dan Bahasa Arab.. Terima kasih kepada rakan2 daripada Majlis T...