Friday, April 18, 2014

::SEBELUM AKU BERNIKAH ::

Seminar Baitul Muslim 3.0

Sat-Sun | 1-2 Mac | SUK Shah Alam
*sedikit nota,hasil bingkisan ilmu dari Seminar Baitul Muslim 3.0...harap maaf jika nota terlalu ringkas dan tidak tersusun rapi..semoga ianya bermanfaat..


SLOT 1
Ustaz Salim A.Fillah

" Sebelum aku bernikah "
-urwah bin zubair,tanya aisyah seperti manakah akhlak rasulullah...aisyah berkata "kaana khulukuhu alquran "
-ومن آيته أن خلق لكم من أنفسكم... ...
-wanita itu bukan dari tulang kepala,bukan juga dicipta dengan tulang kaki,tetapi Allah menciptakan wanita dari rusuk kiri lelaki..
-Allah ciptakan lelaki untuk menjadi penjaga kpd seorang wanit
-wanita adalah tempat mencari kedamaian
-Tafsiran Dari “jiwa2 kalian” من أنفسكم:

1- Jodoh dunia dan akhirat, satu jiwa sama memandang dunia ini,sama dalam mengabdikan Allah..Rasulullah menyatakan bahawa wanita dinikahi kerana kecantikan,keturunannya,kekayaan dan agamanya..(pilihlah wanita yang memiliki agama-ilmu dan amalnya seimbang,memiliki iltizam utk belajar dan beramal) -ذات الدين

2-sejiwa dalam imannya kepada Allah...

-Soal pernikahan itu sensitif..Allah sudah tulis dilauhul mahfuz....persoalannya bagaimana kita menjemput jodoh itu? Semestinya harus dengan cara yg diredhai Allah...
-xperlu taaruf banyak sebelum bernikah

3-Nafas dalam rumahtangga,bernikah untuk menjadi pelopor kebajikan masyarakat..

-bernikah semata-mata kerana Allah..jangan pernah mencari pasangan yang sempurna, yang ada ialah pasangan yang tepat bagi kita...
-aisyah cemburu
-mensyukuri dengan memanggil panggilan mesra

-litaskunuu ilaiha لتسكنوا إليها-

1) agar kalian bisa menjaga kesucian,iffah kalian,
2) mitsaqan ghalizaa (utk perjanjian antra Allah dengan ulul azmi,perjanjian Allah dengan bani israel,pernikahan)
-isteriku engkaulah matahariku...mengalahi bintang2 yang berkerlipan dihadapanku...
3) supaya engkau cenderung kepadanya,memikirkan apa yang dia fikirkan,dia mengisi kekosongan jiwa.
4) untuk supaya tenteram ketika bersama atau ditinggalkan...bersama dalam ketaatan, qiamullail, menyemak hafalan quran...
-memesan kpd suami sebelum pergi kerja "bawalah balik hanya rezeki yang halal "
-rezeki itu apa yg kita nikmati,bukan apa yg kita dapat...

SLOT 2
Pengurusan jiwa
Ustaz Ridhauddin

SLOT 3
Anakku bukan anakku
Ustaz Ridhauddin

-Kahwin untuk invest pahala sampai akhirat
-Hati wanita dimulut,mulut lelaki dihati..
-Seni dalam rumahtangga

1- saya mahukan anak-anak yang meletakkan Allah sebagai tujuan hidup dan hafiz Alquran,penyejuk mata hati,menjadi pemimpin,membuat kebajikan kpd ummah..
*modul: saya mahukan anak yang>>>>ditukarkan kepada>>>>>saya adalah anak yang
Adakah kita sudah bersiap diri dari sekarang?

-faktor persekitaran

1-nature-persiapkan diri menjadi hafiz dan hafizah,lazimi alquran...rumah kita di syurga..buat persiapan ke syurga

2-kurangkan menjadi diktator,tetapi jadi demonstrator...nilai tunjuk bukan nilai arahan

3-waktu solat anak-anak-letak mereka depan kita solat...tunjukkan amalan2 baik depan mereka...
-mengikat mereka dengan matlamat hujung sebuah kehidupan...iaitu Syurga..

YaAllah,jadikanlah anak ini hujjah ilayya,la alayya...


SESI 3
Fulus oh Fulus
Tuan Shamsuddin

-kepada wanita-jangan menetapkan wang hantaran-biarlah pihak lelaki beri seberapa ikhlas dan mampu
-masuk keluarga suami dengan selamat,lepas kahwin pergi berjalan2 umah keluarga...
-jangan jadi raja 4 jam,tetapi hamba seumur hidup
-manisnya perkahwinan bukan kerana majlis kenduri
-orang yang mahal xmerasakan untuk letak benda mahal pada dirinya...xshow off
-bahagia seorang lelaki adalah pada rumah elok,kenderaan,isteri,jiran yang elok..
-seorang lelaki yang bernafsu akan lihat wanita yang cantik..seorang lelaki berakal akan melihat perempuan yang ada ilmu...seorang lelaki yang ada hati akan lihat wanita yang berakhlak bagus...


SESI 4
Sebelum aku bernikah lagi!

Moderator
Ustaz Shaari Abdul Rahman

Panel
Ustazah Nik Salida
Ustazah Mashitah
Kapten Hafiz Firdaus

Boleh berpoligami-tetapi ada syarat-syaratnya

Apakah syarat2 untuk poligami

1-mampu-kemampuan subjektif
2-adil-meletakkan tanggungjawab kpd keluarga
3-lelaki bertaqwa-xmembawa fitnah kpd agama

Mahkamah putuskan 5 perkara untuk poligami:

1-keinginan ada keperluannya,
2-mampu
3-adil
4-dhoror syarie
5-xkan merendahkan taraf hidup sedia ada

Kisah Rasulullah bersama Isterinya Aisyah:

-Suatu malam, Rasulullah mengejutkan isterinya, beliau lalu berkata “wahai isteriku, bolehkah aku bangun untuk solat?(solat malam)...kata Aisyah,wahai Rasulullah,aku sungguh senang jika bersentuhan denganmu…tetapi,aku lebih senang melihat engkau beribadah kpd Allah...

HARI KEDUA

SESI 1
Cinta di rumah Rasulullah
Ustaz Ebit Liew

Dapat duduk majlis ilmu-rahmat
Tujuan kehidupan-dekat dengan Allah..
Syabas syukur kerana dikasihi-Allah..
Subhanaka inna zholamtu nafsi –doa abu bakar assiddiq

Tips:

-sentiasa pegang tangan suami /isteri
-dalam keadaan sibuk-menghargai masa sedikit bersama pasangan..kualitikan waktu..
-Allah sayang kpd kita ketika mana kita sayang kpd suami /isteri
-nabi mandi bersama dengan isteri
-tuntutan senyum adalah sewaktu kita sedih
-Abu hurairah berkata: Seorang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik budi pekertinya dan sebaik2 kamu ialah yang paling baik pada isterinya (sahih tirmizi)..
-kahwin kerana Allah

*nabi tidur tapi hatinya jaga
*orang yang benar2 mencintai akhirat,dia akan bertindak ke arah itu.

Hidupkan amalan nabi:
1-Kasih sayang
2-Solat-azan dilaungkan,seolah2 nabi xkenal kami lagi...sepanjang solat nabi menangis...aisyah tanya: kenapa kamu solat sebegini? Nabi jawab: salahkah aku menjadi hamba Allah yang bersyukur..
-Abu Bakar xpernah solat qiamullail tanpa menangis..Umar juga sentiasa menangis dalam solat..
3-Doa mendoakan
4- "kata salah saya "-saling maafkan
5-kenapa macam ni? –mencari penjelasan
6-hidupkan ta 'lim /motivasi
7-baca alquran
8-Khidmat diri sendiri

-Bahagia yang hakiki adalah semasa kita sujud dan merasakan kita adalah hamba Allah..
-Bawalah keluarga berlari menuju Allah..
-Tujuan hidup kita adalah mencari keredhaan Allah
-Ini salah saya,maafkan saya...
-Setiap hari peluk suami /isteri
-Kalau isteri sakit,pegang tangan dia...
-Semua apa yang terjadi adalah rahmat
-Bangunkan keluarga dengan agama

SESI 2
Hak dan tanggungjawab suami dan isteri
Madam Isfadiah & Ustaz Muhidin

-saling lengkap melengkapi
-perkongsian dengan insan yang cukup istimewa
-saling sayang menyayangi-persefahaman
-menerima seadanya
-falsafah cinta
-sebutlah dihadapan isteri/suami "sesungguhnya saya menyayangimu"
-doa apabila isteri marah,pegang hidungnya-sentuhan,
-Rasulullah selalu membantu isternyai dirumah,Rasulullah pernah berlutut membenarkan isterinya naik ke atas unta,

5 bahasa cinta

1-bahasa,kata-kata manis
2-hadiah
3-sentuhan
4-masa khas /berkualiti
5-khidmat /membantu

Hak & Tanggungjawab

-cuba laksanakan tanggungjawb,insyaAllah hak akan terpenuhi..
-taaruf (5-10 tahun pertama)

Tanggungjawab suami

1-maskahwin
2-nafkah
3-tempat tinggal
4-layanan yang baik
5-bantuan kerja dirumah
6-keselamatan
7-berlaku adil
8-gurauan
9-bimbingan agama

-I am here to complete you

Tanggungjawab isteri

1-Ketaatan
2-Penuhi tuntutan fitrah suami
3-layanan yang baik
4-menjaga maruah suami
5-menjaga harta suami

-Banyakkan memberi
-memuji suami
-menggarap potensi suami
-banyakkan belajar dari suami,kelemahannya ditampung
-ego letak jauh2 untuk berubah
-banyakkan istighfar-siapa xda jodoh lagi
-improve diri sendiri
-Kenal mak mertua seperti mak kita juga

Sesi 3: kesihatan suami isteri
Prof Dr Harlina Halizah Siraj

-kesihatan adalah mahkota
-4 komponen manusia (jasad,minda,rohani,emosi)
-islam dan kesihatan-rebut 5 perkara sebelum 5 perkara(sihat sebelum sakit)

Aspek kesihatan terpenting hari ini:

-kesihatan emosi dan psikologi
-kesihatan fizikal

Barah (Kanser)
-berpunca dari gaya hidup
-statistik barah tinggi
-perokok
-barah payudara
-Buat pap smear
-barah endometrium
-kanser ovari

Kesihatan mental dan emosi
-depression
-Keupayaan memberi value kpd diri
-Furqan: 20

SLOT 4
Rumahtangga Tapak Perjuangan
Ustaz Pahrol Mohd Juoi

-mendapat isteri solehah adalah rahmat
-berpenat didunia,diakhirat tempat berehat,dipagari dengan kesusahan..
-mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis
-rumahtangga itu asas,
-perjuangan yg sebenar ialah untuk menegak kalimah Allah..
-i love you because i need you (salah) atau i need you because i love you (betul)
-nak rumahtangga bahagia,tegakkan hukum islam- tegakkan hukum dulu..
-betulkan persepsi
-setiap gelanggang ada pejuangnya
-perjuangan kita berperang dengan budaya atau fikiran ghazwul fikri)
-rumahtangga alat menegakkan islam...ihfazillah yahfazka
-di mana Allah dalam keluarga kita,jika kita pinggirkan Allah,manusia akan ada masalah dgn kita
-selesaikan soal akhirat dahulu,baru Allah selesaikan cabaran dunia kita..
-rumahtangga beza dengan rumah -rumahtangga dibina dengan kasih sayang,rumah dibina dengan kayu

-3 elemen dalam rumahtangga-sakinah,mawaddah,rahmah
-deny syndrom-bahayakan masyarakat
-KPI- nilai manusia ada 2,hubungan dengan Allah dan hubungn dengan manusia
-insan paling mulia adalah taqwa,bagusnya manusia ialah yang paling baik akhlaknya
-taqwa-menjaga,mencegah,berhati-hati dengan hukum Allah
-hukum yang paling besar selepas syahadah ialah SOLAT
-kaitan taqwa dan solat dengan rumahtangga-penceraian berlaku sebab suami isteri xsolat
-akhlak-ibnu maskawih berkata-perbuatan baik dapat dilahirkan dgn mudah tanpa melibatkan pemikiran
-tanda akhlak adalah ulfah-kelembutan
-adakah kelembutan dalam rumahtangga?
-berlembut dalam menasihati anak2,lembut dengan suami,
-faquula lahu qoulan layyina-nabi musa dan firaun
-quu anfusakum waahlikum naara-jauhkan ahli keluargamu dari api neraka..
-khutbah arafah-hak dan tanggungjawab isteri
-khoirukum khoirun liahlikum,waana khoirun li ahli...
-diri>>>keluarga>>>masyarakat>>>Negara>>>ummah
-buat dulu apa yg kita mampu..
-pepatah cina- "kalau setiap keluarga menyapu bersih rumahtangganya ,nescaya bersihlah dunia "
-mother Teresa said-go home and love your family..

Asas dalam rumahtangga:

1-Iman(akar)
2-Syariat-reference(pokok)
3-Akhlak(buah) -sakinah,mawaddah,rahmah

Banyak orang nak buah,tetapi xtanam benih yang betul..

Kayu dan kayu-satukan dgn paku
batu dan batu-satukan dgn simen
hati dan hati-satukan dgn IMAN

Q-Lepas kahwin futur

A-Betulkan niat-fokus matlamat asal-ujian itu menentukan ikhlas atau x...bukannya ujian itu menyebabkan dia xikhlas...
-tujuan hidup manusia-hamba Allah (menjadi baik,soleh) ,khalifah (memberi kebaikan,musleh)-reason of our existence...
-nukleus perhubungan manusia-ikatan baitul muslim pertama
-pasangan hidup adalah pembantu untuk laksanakan matlamat utama tadi
-pilih agama-untuk realisasikan matlamat asal...
-cinta adalah jalan,cinta isteri kerana Allah-untuk membawa ke cinta Allah
-niat awal perkahwinan-rumahtangga alat, islam matlamat
-niat dihati-istikharah masih ada mujahadah
-jangan bina cinta di dalam kuburan-gelap

Q-Bagimana ingin merasakan cukup atau sifat qanaah dalam rumahtangga

A-rasa cukup dihati
-rasulullah suruh isteri2nya pilih rasulullah atau dunia
-beritahu isteri,dahulukan islam dan iman-baru ada qanaah
-kalau xda islam-nafsu
-akal-ilmu
-nafsu dan dunia
-miskin apabila dapat nikmat

Q: Apakah tugas seorang wanita?

A:
1-Isteri
2-Ibu- nak dapat anak baik,pilih ibu yang baik..
3-Mujahidah- murabbi ummat

Q-Bagaimana nak atasi jika teruji dalam rumhtangga??

A:
-“Kita tidak akan kalah selagi kita tidak mengalah”
-“Kita mestilah memikirkan bahawa setiap ujian yang dating bukan untuk melemahkan kita,tetapi untuk menguatkan kita”
-“ujian datang untuk mengingatkan dan untuk mengukur kekuatan”
-What happen in you is important than what happen to you..
-Pokok sentiasa boleh hidup dengan baja walaupun baja itu jijik…seperti juga dengan kehidupan,ujian itu Nampak pedih tetapi ia baik untuk kita..
-Sepatutnya kita lebih menghargai ujian..
-Analogi katak dan angin..katak yang berada di atas pokok,lalu bertiup angin disekelilingnya dengan kuat,menampakkan katak itu semakin kuat cengkamannya pada pokok,supaya ia tidak jatuh…berbeza dengan seekor katak lagi yang berada diatas pokok,lalu bertiup angin yang sepoi-sepoi bahasa,membuatkan katak itu selesa dan semakin layu dan akhirnya jatuh ke tanah…angin yang bertiup umpama ujian, jika ujian yang besar datang, ianya menjadi kayu pengukur kpd keimanan..
-Rasulullah apabila diuji,Baginda terus turun dari unta,lalu solat 2 rakaat..

-Jangan minta hidup yang mudah,tetapi mintalah dari Allah hati yang tabah…yaAllah Engkau lebih besar dari masalahku..

Beza I need to pray dan I have to pray..
I need to pray= cinta kepada solat(bagus)
I have to pray= lepas solat baru terasa lega(xbagus)..tidak menikmati solat kerana menganggap aku perlu solat bukannya aku wajib solat dan cinta akan solat..

Hubungan manusia dengan pencipta seperti kapal terbang dan menara kawalan,tidak dapat dipidahkan..
Mati itu satu kerehatan bagi orang beriman
Jika penat memburu dunia, berhentilah seketika mengingati akhirat..
Perlu membuat aktiviti secara berjemaah:

1-Solat
2-Talaqqi kitab
3-Makan jamaie dan sebagainya..

Solat yang tidak khusyuk umpama bangkai yang dipersembahkan di hadapan Allah ia menjadi satu RITUAL tanpa membina SPIRITUAL
Lenturlah egomu apabila berhadapan dengan Allah…

[Resolusi dari Seminar Baitul Muslim 3.0]

Untuk seminar baitul muslim 4.0,ana cadangkan kpd para pemuda dan pemudi untuk bawa ibu bapa masing2 hadir bersama dalam seminar tersebut...tujuannya supaya mereka mengetahui masalah terkini yang dihadapi remaja sekarang dan cara yang terbaik ke arah menyokong perkahwinan di awal usia...dan selain itu juga untuk RETREAT rumahtangga yang sudah di bina 15 tahun atau 20 tahun yang lepas supaya mawaddah,warahmah kekal bersinar menyinari mahligai tersebut...

Jazakumullah..

Disediakan oleh:

Nik Fatma Amirah Bt Nik Muhamad&Zakiah
Peserta Seminar Baitul Muslim 3.0
Pelajar Tahun 2,Jurusan Bahasa Arab UIAM..






No comments:

Post a Comment

| Suara Siswa Ikim fm- Mahasiswa dan Bahasa Arab |

Alhamdulillah, selesai berkongsi bersama rakyat malaysia tentang Mahasiswa dan Bahasa Arab.. Terima kasih kepada rakan2 daripada Majlis T...