Friday, May 9, 2014

AKU BUKAN MAHASISWA PENDRIVE


Deen`s List...Kerana, Dean`s List semata-mata tidak mencukupi


“Zaharoh, akak pergi solat sebentar ya”, tolong tengokkan beg akak ya”

“Baiklah akak”, jawab Zaharoh, matanya tertumpu pada skrin laptop, terpapar satu microsoft word dihadapannya untuk dia isi lengkap satu entri Latoif Quran..”

Setelah selesai mengadu lembut pada Allah di Musolla tingkat 1 library, aku terus kembali ke Tingkat 2, untuk bersama-sama Zaharoh meneruskan projek penulisan..

“Zaharoh, akak rasa nak pergi talk Deen`s List di Moot Court…akak rindu nasihat dari Ustaz Pahrol…

Talk Deen`s List tersebut menampilkan ustaz Pahrol dan Ustaz Ghazali Ibrahim, best Zaharoh!Jom.

“Ayuh”, responnya ringkas!

Alhamdulillah, Allah itu sungguh baik, dan Allah sentiasa memandu hati ini untuk sentiasa berada dalam kebaikan..

Alhamdulillah, Allah lapangkan masa, dan Allah lunakkan hati untuk berada dalam majlis ilmu malam tadi..


Mengisi hati

“Apa tujuan hidup kita? Dan Apa tujuan kita belajar?” Tanya Ustaz Pahrol

Jawabnya pantas, Untuk menjadi hambaNya dan untuk menjadi Khalifah!

Ringkas bukan!

Tetapi…

Perlaksanaanya cukup-cukup mencabar..

Apa itu tugas hamba dan apa tugas khalifah?

Tugasan seorang hamba adalah untuk serve majikannya, tugas kita sebagai orang islam, adalah untuk beribadah kepada Allah..dan berusaha menjadi hambaNya yang terbaik!


Ingat! Belum cukup dengan menjadi seorang hamba..

Kita juga adalah Khalifah. Kita bukan hanya perlu menjadi soleh, tetapi kita juga perlu menjadi Musleh...orang yang memberi kebaikan dan pengislahan kepada masyarakat dan agama..

Jadi, bagaimana perlaksanaannya?

Aku buntu! Beratnya tanggungjawab ini..

Ah! Tidak!

Pertama kita perlu ada ilmu…Ilmu itu imam dan amal itu makmum..

Apa kaitannya dengan saya sebagai seorang pelajar?

Soalan yang halus menyelinap masuk disudut memori..

Tugas belajar bukan tugas yang kita cari, tetapi tugas yg ditaklifkan oleh Allah keatas kita..

Tugasan belajar adalah tugasan ibadah, tugasan jihad dan tugasan keagamaan!

yaAllah, selama ini aku salah, belajar aku anggap sebagai bebanan dan semata-mata untuk sijil dan lulus…


Perbetulkan mindset

Dalam belajar hanya ada 2 I.. Apa itu 2 I?

Pertama:  Ikhlas (ia adalah tujuan)..Ikhlas kerana Allah ,Menuntut ilmu untuk menjadi hambaNya..

Kedua: Ittiba ' dengan sunnah rasulullah (ia adalah jalan)

Belajarlah untuk memenuhi tujuaan hidup, bukan untuk memenuhi keperluan hidup!

Tujuan dan Keperluan jauh bezanya..

Berbalik kepada belajar adalah ibadah tadi…Apabila belajar itu dianggap ibadah, ia akan memberi kesan iaitu kesan lebih Taqarrub kepada Allah..

Tetapi,mengapa ya, ramai yang belajar,semakin tinggi semakin bongkak dan tinggi diri!

Bermakna, dia belum sampai ke tahap, menganggap belajar itu ibadah!

Pelajar yg mempunyai agama jauh bezanya dengan pelajar yang beragama..

Pilihlah salah satu…yang terbaik, jadilah pelajar yang beragama..


Dilema Akademik atau Fardhu Ain?

Sahabat-sahabat, belajarlah akademik tetapi jangan sampai menggadaikan ilmu fardhu ain

Jadikan ia sepadu! Bukan setaraf..


Aku bukan Mahasiswa Pendrive!

Elakkan menjadi mahasiwa pendrive hanya tumpahkan ilmu ke kertas soalan..seperti fungsi pendrive yang paste folder ke laptop..

Mahasiswa pendrive akan lebih cenderung untuk copy ilmu semata-mata, tetapi tiada ruh yang mengiringi ilmu tersebut..


Ketaqwaan pada Allah

Orang yang berilmu, semakin tinggi ilmunya semakin tinggi ketaqwaanya  kepada Allah..

Allah pernah menyebut dalam firmannya, “sesungguhnya orang yang takut pada Allah adalah org alim (ulamak)..”

Ilmu itu adalah ketibaan makna pada jiwa, bukan pada akal semata-mata…

Mahasiswa sangat perlukan usrah, halaqah, tarbiyah untuk menghidupkan enjin penghayatan dalam agama dan menambak ketaqwaan padaNya..


Dilema datang lagi!

Dilema, nak ikut usrah atau nak focus belajar?

Jawapannya, jadikan ia Synergy.. 1+1=3…usrah + belajar= melahirkan manusia yang osem!

Dorongan atas dasar selain agama adalah lemah, tetapi dorongan atas dasar agama kita mampu mencapai maximum limit..

Kerana apa?

Kerana dorongan atas dasar agama adalah bertunjangkan dekatnya seseorang itu kepadaAllah, Allah menjadi sumber untuk mereka push the limit to the maximum!

Yang paling baik adalah, ambil roh dari usrah, luahkan di kuliah dan muncullah sebagaimanusia yang Taqarrub dengan Allah..

Jadikan dunia dan akhirat sepadu, bukan seimbang..

Senang bukan!


Pesanan buat penuntut ilmu

Ilmu itu sifatnya cahaya..cahaya Allah itu sifatnya menolak untuk berada dalam hati yang dipenuhi maksiat!

Tidak dinafikan, manusia akan seronok dalam cahaya dan manusia tidak suka akan kegelapan..

Ilmu juga adalah jalan menuju iman

Dekatilah Allah dengan hati dan Iman..


Stress dalam menuntut ilmu

Menuntut ilmu, sepatutnya tiada tekanan..kerana matlamat kita adalah Allah..

Stress adalah fitrah..Allah kurniakan stress untuk kita lebih maju kehadapan..Stress ibarat geseran dalam hukum fizik, dengan geseran, kita akan dapat berdiri tegak…jika tiada geseran, kita tidak mampu berdiri, badan kita akan meluncur..


Bagaimana menangani stress?

Ingat! utk tenang mesti ingat Allah..

Belajar dengan niat kerana Allah, menjadi hamba dan khalifahnya!

Apabila belajar kerana Allah, kekuatan akan hadir secara luar biasa!

Kekuatan dan ketabahan akan hadir kerana harapanmu dalam belajar adalah agar Allah bantu..

Lazimilah Zikrullah, contohnya zikir siti Fatimah.

Tanpa zikir, diri kita akan lemah..percayalah!

Elakkan dosa,kerana hati akan resah. Itulah punca stress..


Apa itu dosa semasa belajar?

Tidak hormat guru, selalu ponteng kelas, selalu meniru, dan malas..

Bagimana untuk mengatasinya?

Jagalah solat. Rehatkan diri dan minda dengan solat..Ia akan membawa ketenangan!

Kadang-kadang ada kekuatan yang Allah campakkan semasa solat bukan semasa diluar solat..

Study smart vs study hard

Study smart lebih baik! Ada target bulanan dan mingguan untuk revision dan sebagainya..

Allah tidak menilai Effect,tetapi Allah menilai Effort!

Allah tidak menilai kamu dean`s list atau tidak, tetapi yang Allah lihat adalah usaha kamu..

Allah tidak ciptakan manusia bodoh, tetapi Allah cipta kebijaksanaan yang berbeza..

Hidup adalah untuk complete each other,  bukan to compete with others..

Aku yakin, kamu mampu buat yang terbaik..

Ya, mestilah!


Kerana Aku Bukan Mahasiswa Pendrive!


Nik Fatma Amirah Nik Muhamad
IIUM
10 Mei 2014
01:00PM
nikfatmaamirah.blogspot.com
Menuju Syurga Yang Abadi

Thursday, May 8, 2014

:::: KEPIMPINAN MAHASISWA ::::



Bismillahirrahmanirrahim,

Entri ini adalah hasil Intellectual Discourse: Kepimpinan Mahasiswa yang dianjurkan oleh Career and Guidance Bureau, IRK Secretariat IIUM..

Istimewa untuk mahasiswa dan mahasiswi!

Terimalah! Kepimpinan Mahasiswa..


******************************************************

Kau masih punya waktu!

Hey, Mahasiswa dan mahasiswi, ke mana hala tuju hidupmu?
Opps, terdiam..
Entah..
Ya, Tidak dinafikan ramai yang masih berlegar-legar mencari diri sendiri..belum ketemu identiti diri yang sebenar..belum jelas apa yang perlu dilakukan, apa yang perlu disumbangkan kepada masyarakat dan sebagainya..

Mahasiswa, sekarang bukannya masa kau masih leka dengan keseronokan yang kau cipta dan bukan lagi masa untuk kau masih bersenang lenang tanpa memikirkan penyelesaian untuk masalah yang melanda ummat..

Sekarang masanya untuk kau berbuat sesuatu! 

Ayuh, infiruu!

Perlu buat apa? Cukup sahajalah dengan aku ke kelas, library, majlis-majlis ilmudan sebagainya…aku hanya student, kene buat apa lagi?

Mentaliti ini cukup tersebar luas dikalangan mahasiswa…ramai yang masih ragu-ragu dan tidak jelas visi dan matlamat hidup..

Mahasiswa, dengar sini, Kau masih punya waktu…

Waktu untuk bermimpi dan mengejar mimpi!

Hah?

Ya, bermimpilah dahulu, kelak ia akan menjadi realiti..

Kau masih muda, masih punya masa untuk bermimpi dan mengejar mimpi tersebut..


Perihal Akhlak dan Sahsiah

Sheikh Mutawaali Shaarawi menyebut tentang mengapa Allah menurunkan ayat dalam surah Al-Fatihah menerusi firmannya غير المغضوب عليهم ولضآلين......

Almaghdhoob(murka,marah) adalah label kepada golongan Yahudi manakala addhooliin(sesat) pula label kepada golongan Kristian..

Persoalannya disini, mengapa Allah hanya melabelkan golongan kristian sebagai golongan yang sesat sahaja, manakala golongan yahudi dilabelkan sebagai golongan yang dimurkai..

Kerana Allah sungguh murka kepada Yahudi kerana SIKAP dan PERANGAI mereka..Mereka seringkali menipu,helah dan suka beralasan..

Ingat! 

Tidak mustahil Allah juga boleh murka kpd umat islam kerana AKHLAK yang sudah terhakis..

Bagaimana perihal akhlak mahasiswa islam pada hari ini? 

Masih ramai yang gagal menunjukkan qudwah yang mulia kepada yang lain…

Masih ramai yang terlibat dengan gejala yang tidak sihat..

Mereka tidak sedar barangkali! Ummah ini ada ditangan mereka..

Apa?

Kata pepatah arab, Jika kamu ingin melihat kegemilangan sesebuah Negara, lihatlah generasi pada hari ini..

Dan, seorang penyair arab, Ahmad Syauqi pernah berkata:

إِنَّمَا الأُمَمُ الأَخْلاَقُ مَا بَقِيَتْ . فَإنْ هٌمَ ذَهَبَتْ أَخْلاَقُهُمْ ذَهَبُوْا

Sesungguhnya kejayaan suatu bangsa tergantung akhlak dan moral masyarakatnya, jika moral mereka rendah, maka hancurlah bangsa itu..

Mahasiswa sekalian, aku tinggalkan kepadamu persoalan ini.

Adakah Sahsiah mahasiswa pada hari ini,menjamin kegemilangan Negara pada masa akan datang? 

Ketuk pintu hatimu, dan pintalah jawapan darinya..


Membentuk Paradigma

Pembentukan paradigm mahasiswa sangat penting…mereka jelas misi dan visi, kemana halatuju mereka..apa yang patut mereka sumbang untuk masyarakat dan sebagainya…

Jika belajar, mereka tahu ilmu itu untuk disumbangkan kepada masyarakat..

Jika mereka berada dalam society, mereka jelas, inilah medan untuk mereka pertajamkan pedang kepimpinan dan keberanian, sebagai persediaan menghadapi dunia luar yang sangat mencabar..

Mahasiswa harus memikirkan, apa yang patut mereka sumbangkan untuk ummah...walau dengan sekecil-kecil sumbangan..

Lihat sahaja, pak HAMKA, beliau berjaya menulis kitab Tafsir Al-Azhar di penjara, begitu juga Syed Qutub...

Walaupun jasad mereka terpenjara, tetapi minda dan akal mereka berlegar-legar bebas, bersama masyarakat…mereka masih lagi memikirkan apa yang boleh disumbangkan untuk pengislahan masyarakat…

Agak-agaknya, jika kita terpenjara, apa yang kita akan tulis, dan disumbangkan kepada masyarakat diluar sana? Apa yang kita akan coretkan untuk membangunkan dunia? Apayang akan kita hadiahkan untuk ummah, demi pembangunan sahsiah, rohani dan intelektual ummah..

Terkedu!


Betulkan yang salah!

Orang mukmin tidak pernah ulangi kesilapan..orang mukmin tidak akan masuk lubang yang sama dua kali..

John C Maxwell pernah berkata- Sometimes we win, sometimes we learn..

Ya, kita ada banyak kesilapan…sekarang bukan masanya untuk kita terus menerus memikirkan kesalahan dan kesilapan yang lalu, tetapi bagaimana untuk kita bangkit dari kesalahan itu, supaya kita dapat berubah menjadi manusia yang lebih hebat pada masa akan datang..

Kadang-kadang, dengan kesalahan itu kita banyak belajar…Sungguh, Kita belajar banyak ketika kita salah..

Salah sekarang tidak mengapa! Yang penting tranformasi yang istiqamah!


Di mana kelompok yang ramai itu?

Golongan mahasiswi menjadi golongan majoriti di semua Institusi Pengajian, samaada awam mahupun swasta..

Ini tidak boleh dinafikan lagi..


Tetapi, kemanakah golongan ini? Mengapa segelintir sahaja dari mereka yang berada di dalam society, memikirkan penyelesaian untuk isu-isu ummat…


Satu fenomena yang berlaku dikalangan mereka adalah “Silent Majority".

Mereka berasa cukup semata-mata dengan majority…mereka berasa mereka sudah menang di sudut itu dan mereka berada dalam comfort zone…

Ayuh mahasiswi sekalian, buka minda dan reset misi dan visi…kita masih punya tanggungjawab untuk membangunkan masyarakat..bukan hanya membangunkan rumahtangga.


Bersedialah dengan senjata yang mencukupi..

Mahasiswi pada hari ini juga dilanda mentaliti, “aku berada dalam society hebat mana pun, tempat aku di dapur sahaja nanti, tempat aku di sisi suami sahaja nanti, dan pelbagai lagi.."

Ini mentaliti yang salah!


Ya, suatu hari nanti kamu akan menjadi isteri kepada suamimu, menjadi ibu untuk anak-anakmu…tetapi ingat! menjadi isteri dan ibu perlukan banyak persediaan, skill dan sebagainya…


Mahasiswi yang berkepimpinanlah selalunya bijak dalam menguruskan rumahtangganya nanti..mereka sudah tahu bagaimana untuk membuat perancangan yang terbaik untuk rumahtangga, menjadi multitasker person dan sebagainya...semuanya di ambil dan digarap dari pengalaman menjadi perwakilan atau penglibatan dalam society semasa di universiti..


Ingat mahasiswi, persediaan untuk membangunkan rumahtangga bukan hanya dalam tempoh 2 hari…tetapi persediaannya memerlukan 20 tahun…jadi, lengkapkanlah dirimu dengan pelbagai persediaan, soft skill dan sebagainya supaya kamu hadir nanti dalam hidup seorang lelaki, dalam keadaan kamu bersedia untuk menjadi pelayan yang tebaik untuk mereka!

Ada 3 aspek penting yang selalu mengganggu mahasiswi untuk lebih terkehadapan, salah satunya adalah kapasiti individu, atau kapasiti mahasiswi itu sendiri…self confident kurang, ilmu yang cetek dan sebagainya…aspek ini boleh diperbaiki sedikit demi sedikit selagi mana mahasiswi itu berusaha untuk mengubahnya..

Aspek lain juga seperti structure dan culture turut mempengaruhi penglibatan mahasiswi dalam society di universiti..Struktur organisasi dalam kepimpinan seolah-olah tidak membenarkan mereka untuk berada di atas..dan juga culture masyarakat kita yang sering meletakkan wanita pada tahap kedua..

Sebenarnya dari sudut kepimpinan, tiada masalah untuk mahasiswi lebih terkehadapan, menjadi master mind untuk sesebuah organisasi dan lain lagi..

Ayuh mahasiswi, perbetulkan mindset anda! Anda ada tanggungjawab untuk ummah!


Think positif dan berani hadapi rintangan!


Berfikiran positif selalunya akan mempengaruhi tindak tanduk dan perbuatan seseorang.Bermula dari mindset yang positif, impaknya akan terpancar pada cara bertindak dan koordinasi mereka..


Berani hadapi rintangan juga penting dalam diri seseorang..berani untuk membuat keputusan dan perubahan…Allah pernah menyebut,” sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum, melainkan mereka sendiri yang berusaha untuk mengubahnya”..


Hadapilah dan positiflah!


Character Kepimpinan Mahasiwa


1-Mempunyai tahap keyakinan diri yang lebih tinggi

Dalam surah annamlu Allah menyebut tentang kepimpinan seorang ratu iaitu ratu balqis…Salah satu kepimpinan wanita yang diiktiraf dalam Alquran…Ratu balqis mempunyai tahap keyakinan yang tinggi untuk memerintah sebuah Negara yang besar..


Begitu juga kisah-kisah yang disebut dalam hadis berkenaan Aisyah pernah mencabar pandangan Rasulullah dan sahabat-sahabat berkenaan stu-satu isu..ini menunjukkan bahawa mereka mempunyai tahap keyakinan dan kejelasan yang tinggi..


2-Dapat persembahkan idea dengan baik.. 

Mahasiswa dan mahasiswi harus ada seni dalam menyampaikan idea.



3-Prihatin dengan isu semasa

Menjadi seorang yang cakna dan ingin mengambil tahu isu yang berlaku disekitar mereka..


**Action speaks louder than words!
**Leadership is about influence others!
**Momentum is leader bestfriend!
**Build multi-expertise and soft-skills!




Nik Fatma Amirah Nik Muhamad
IIUM
9 Mei 2014
11:00AM
nikfatmaamirah.blogspot.com
Menuju Syurga Yang Abadi











Sunday, May 4, 2014

::Kerinduan yang tertewas::


Ternyata, dunia ini sementara..

Saat kita kecapi sesuatu kenikmatan, ingatlah, kenikmatan itu tidak kekal lama..kerana kita masih di daerah yang sama..

Iaitu Dunia!

Daerah yang ditunggu adalah syurga..disana kenikmatan yang berpanjangan akan kita semua kecapi..

Jadi, berusahalah mengumpul sebanyak mungkin pahala, supaya ia memungkinkan kita, untuk hidup di daerah sana..

Aku tidak lama di sini

Jumaat yang tenang, Jemaah haji wanita masih lagi ramai di Musolla tingkat G Hotel Abraj, Janadriah..usai solat zuhur, mereka bergegas ke bilik masing-masing, bersedia untuk makan tengahari..ada yang menunggu pasangan masing-masing pulang dari masjid, untuk mereka makan tengahari bersama..

Kebiasaannya setiap hari jumaat, tatkala semua Jemaah haji lelaki ke Masjidil Haram untuk solat jumaat, pihak Tabung Haji menyediakan seorang ustazah atau pembimbing haji untuk berada bersama-sama Jemaah haji wanita yang lain, memberi peluang untuk mereka bertanya tentang kemusykilan dalam ibadah dan sebagainya..

Sejam sebelum Q&A session, pembimbing haji tersebut akan mengupas isu-isu yang menarik serta tazkirah sebagai bekalan untuk jiwa para Jemaah haji…dan juga disertakan alunan zikir terapi untuk menguatkan tenaga cinta kepada Allah..

Seusai solat zuhur, aku keseorangan, membawa diri dan fikiran yang melayang, merindui Malaysia yang jauh di sana, dan dalam masa yang sama, kesedihan turut  menguasai diri, kerana hanya tinggal beberapa hari lagi berbaki di tanah haram..

Sofa merah itu, seolah-olah mengerti perasaanku, membenarkan aku duduk dan menghela nafas kerisauan…mata tertumpu kepada jalanraya berhadapan hotel, bunyi hon kereta yang membingitkan…

Ada segelintir Jemaah haji lelaki sudah tiba di hotel, mereka kelihatan tercungap-cungap menghela nafas...maklumlah, 20 minit berjalan kaki dari masjidil haram..:)

“Ya, aku tidak lama di sini, aku bakal pulang tidak lama lagi..”..hatiku berbisik..
"Tetapi, apa yang ada pada diriku, untuk aku jadikan bekalan saat kerinduan menjengahku ketika di tanah air nanti? "soalku..

Soalan tanpa jawapan..

Doa dan Istiqamah, ubat kerinduan

"Abang long, Kak Long terlalu rindu saat kenangan haji tahun lalu…tetapi Kak Long tidak dapat berbuat apa-apa, hanya mampu memendam perasaan rindu.."
“Abang Long, setiap kali lecturer atau sahabat-sahabat menyebut tentang haji, Makkah dan Madinah, Kak Long seringkali menangis, ”..
"Mengapa ya abang long, kenikmatan ketika di dunia ini sekejap sahaja dapat kita rasai dan kecapi? Mengapa kenangan haji itu sekejap sahaja dapat Kak Long rasai?


Aku meluahkan segalanya kepada Abang Long, ketika kami dalam perjalanan pulang dari Majlis Komensmen abah, di Seremban..

“Kak long, banyakkan berdoa dan mengadu pada Allah”..


Ringkas sahaja respon dari Abang Long, tetapi ia menusuk terus menikam Qalbu!

Kerinduan itu hanya bisa diterjemahkan melalui doa..

Sangat tepat!

"Ketika kerinduan menjengah, teruslah berdoa di dalam hati, supaya Allah mengaturkan perancangan yang terbaik, untuk jemput ke RumahNya lagi atau memberi kekuatan impak dari ibadah haji tersebut"…katanya..

Buku travelog Haji hasil nukilan prof Kamil sentiasa di sisi..

Dan masih terngiang-ngiang kata-kata Prof Kamil semasa menziarahinya di Madinah,
“ Fatma, Allah sudah jemput nti awal untuk menunaikan haji, hanya tinggal waktu untuk nti pelihara kemabruran haji sahaja…apabila pulang ke Malaysia, nti hanya ada 2 bekalan, bekalan doa dan Istiqamah dengan amalan-amalan baik”..


Itulah sebenar-benar kekuatan...

Kerinduan itu bisa terpadam, dengan doa dan ibadah yang istiqamah!

Istiqamah dalam beribadah kepadaNya, walau di mana sahaja!

 “YaAllah, sungguh aku rindu kenangan di rumah agungMu, mengatur kata, berbicara lembut denganMu di hadapan KaabahMu, bertawaf memuji dan mengagungkanMu, bersujud dalam penuh pengharapan dariMu…sampaikanlah hajat hambaMu ini, untuk gantikan kerinduan itu dengan nilai istiqamah beribadah kepadaMu…


Kerinduan itu tewas dengan nilai istiqamah dan doa!

yaAllah, aku mohon keampunanMu..

Nik Fatma Amirah
IIUM
5 Mei 2014
12:09 PM


| Suara Siswa Ikim fm- Mahasiswa dan Bahasa Arab |

Alhamdulillah, selesai berkongsi bersama rakyat malaysia tentang Mahasiswa dan Bahasa Arab.. Terima kasih kepada rakan2 daripada Majlis T...