Saturday, January 3, 2015

| Suara Siswa Ikim fm- Mahasiswa dan Bahasa Arab |

Alhamdulillah, selesai berkongsi bersama rakyat malaysia tentang Mahasiswa dan Bahasa Arab..
Terima kasih kepada rakan2 daripada Majlis Tertinggi Persatuan Bahasa Arab Uiam yang sudi menemani di konti ikim fm tadi..
Bersama kita mencintai bahasa arab.
Bertuturlah kamu dalam bahasa arab,sesungguhnya ia adalah syiar islam (Imam Hassan al-Banna)
Semoga Allah melorongkan jalan untuk kita sama2 mempelajari bahasa syurga..
Saya memohon maaf jika ada salah dan silap sepanjang slot suara siswa tadi...
Jazakumullahu khairan.

Nik Fatma 
13 November 2014

| Inspirasi dari seorang ABAH |

Coretan untukmu abah yang sangat dikagumi..
Cukuplah menjadikan ibu dan ayah kita sebagai model..itulah prinsip yang saya pegangsekarang...
Abang Farhan, dulu cita2nya ingin menjadi pemain bola sepak terkenal, tetapi bagaimana takdir Allah itu mengubah segalanya...
Satu hari, beliau masuk ke dalam bilik abah, dgn niat untuk mencari satu barang, tetapi, tiba2 matanya tertumpu kepada satu buku karya abah iaitu buku motivasi pelajar..
Abang Farhan menyelak lembaran buku tersebut, sehinggalah matanya tiba2 merenung satu ayat yang dinukilkan oleh abah untuk kami adik beradik.
Ayat itu berbunyi:
"Untuk anakandaku, semoga kalian dapat meneruskan perjuangan ayahanda.."
Tatkala membaca ayat tersebut, abang an terus tersedar dan beliau berkata di dalam hatinya, ya Allah, inilah harapan dan cita-cita yang menjadi hasrat hati abah untuk anak2...
Pada saat, itu, abang an berkata, "AKULAH YANG AKAN MENYAMBUNG PERJUANGAN ABAH.."
Bermula dari peristiwa itulah, abang an berusaha hari demi hari, untuk menjadi pendakwah dan dia ingin meneruskan perjuangan ayahanda yang tercinta dalam bidang motivasi..maka, hilanglah cita2nya yang asal, iaitu untuk menjadi pemain bola sepak..
Dari Padang Bola >>> ke Pentas Dakwah! masyaAllah..
Abah, engkau sungguh dikagumi oleh anak2mu, dengan ilmu yang kau ada, dengan bakat yang terpendam dalam dirimu...semoga ia terus mengalir dalam diri anak2mu dan generasi seterusnya..aameen..
InsyaAllah, semua anak2mu akan meneruskan legasi ini...doakan Allah memberi kekuatan kepada kami semua..Abah, tahniah kami ucapkan dan terima kasih kerana berjaya mendidik kami..
Engkaulah inspirasi kami!

| Aku adalah khansa ' |

Mengkaji dan memahami sosok tubuh seorang wanita yang bergelar Khansa ' cukup membuatkan diri ini terinspirasi...kisah seorang wanita yang sempat hidup di zaman jahiliah dan islam dan peranannya yang besar dalam memberikan semangat, dokongan kepada 4 orang anaknya untuk berjihad di dalam peperanan al Qadsiah...kesemua anaknya mati syahid di dalam peperangan tersebut...
Khansa ' nama sebenarnya, Tumadhir bintu A'mru...dia dinamakan khansa ' kerana keindahan hidung yang dia miliki...sepanjang hidupnya, khansa ' telah berkahwin dengan 2 orang lelaki...lelaki pertama bernama Rawahah dan lelaki kedua adalah Mirdas...kepandaian khansa ' dalam bersyair tidak dapat ditandingi wanita2 lain...dia dinobatkan sebagai penyair yang paling mahir di Arab secara mutlak...

Antara syairnya ialah syair yang membawa tema ratapan (ritha ') iaitu syair yang mana beliau meratapi kematian saudara kandungnya Sokhr...selepas mengetahui kematian tersebut,beliau banyak menangis dan meratapi pemergian saudara kandungnya...
Tetapi selepas dia memeluk islam, dia berkata "dulu aku menangisi kehidupanku, namun sekarang, aku menangis kerana takut akan siksa neraka "...
Disaat khalifah umar mengumpulkan tentera utk perang qadsiah, 4 orang anaknya telah menawarkan diri utk menyertai peperangan tersebut dan khansa ' memberi sokongan kpd anaknya dengan berkata:
"Wahai anakku,kalia semua masuk islam secara taat, kalian sendiri yang telah memilih hijrah...Demi Allah yang tiada lagi sekutu bagiNya, kalian semua adalah lelaki yang berasal dari satu wanita...jangan kamu permalukan ayah, saudara dan keturunanmu..kalian semua telah mengetahui betapa besarnya pahala yang Allah sediakan utk mereka yang memerangi golongan kuffar..ketahuilah, bahawa kehidupan akhirat lebih utama daripada kehidupan dunia "...
Maka berangkatlah kesemua anak khansa ' ke medan jihad...dan kesemuanya mati syahid dalam peperangan tersebut...namun, Allah itu tidak menjadikan khansa ' merasa sedih,malah dia bersyukur kpd Allah lalu berkata:
"Segala puji bagi Allah, yang telah memuliakanku dengan mematikan anak2ku dalam keadaan syahid...aku memohon kepada Allah,agar bersedia menyatukanku kembali dengan anak2ku di syurga nanti "...
‪#‎presentationkelasadabjahili‬‪#‎drrahmah‬‪#‎10disember2014‬

:: Rasulullah, kami merinduimu! ::

| 12 Rabiul Awwal 1435H |
YA RASULULLAH, KAMI MERINDUIMU!
Setelah 9 hari berada di Madinah, tibalah masanya untuk kami bertolak ke Makkah. 28 September 2013 adalah hari terakhir kami di Madinah. Seperti biasa selepas solat Subuh, saya akan meluangkan masa untuk berada di Raudhah untuk berdoa dan bersolat di sana. Perasaan hiba dan sedih membungkam qalbu. Hari ini kami akan berpisah dengan bumi Rasulullah.
Di bumi ini saya merasakan perasaan cinta dan kasih kepada Rasulullah itu lebih dekat. Terasa Rasulullah berada dekat di sisi walau baginda sudah pergi. Setiap kali ingin melakukan apa sahaja perbuatan, saya sentiasa ingat bahawa Rasulullah ada bersama di sini. Sebelum ini di Malaysia, saya kurang berselawat kepada Rasulullah, saya kurang menangis mengingati Rasulullah. Tetapi ziarah kali ini menyebabkan air mata ini sentiasa menjengah pipi, saat rindu dan teringat akan Rasulullah.
Semasa berada di Madinah, saya sering muhasabah tentang kerja dakwah yang telah saya lakukan sebelum ini semasa berada di Malaysia. Saya masih lagi malas dan tidak bersungguh-sungguh untuk meneruskan perjuangan Rasulullah. Tetapi sewaktu berada di Raudhah pada ketika itu, hati ini tenang melafazkan,” ya Rasulullah, aku akan menyambung perjuangan dakwahmu”. YaAllah, bantulah aku untuk sentiasa thabat di jalan dakwah ini. Semoga lafaz itu membuatkan aku terus bersemangat untuk menjadi salah satu anak panah islam untuk meneruskan rantai perjuangan Rasulullah.
Bermula dari detik paling bahagia sehinggalah detik paling menyakitkan, pasir dan kelikir bumi Madinah menjadi saksi bisu untuk semua itu dan kini saya hampir menuju perpisahan dengan saksi-saksi bisu ini. Kaki melangkah lesu meninggalkan Masjid Nabawi. Semua peristiwa-peristiwa yang berlaku semasa di sana disimpan rapi dalam memori hati. Hanya mengharapkan pertemuan dengan Madinah al-Munawwarah untuk masa yang akan datang.
Saya bersiap dengan pakaian ihram dan menunggu ketibaan bas di lobi hotel. Selepas itu, kami diminta untuk menaiki bas mengikut angka yang tertera pada kad pengenalan diri untuk jemaah haji. Pandangan yang terakhir kepada Masjid Nabawi diiringi dengan air mata yang membasahi pipi. Sekilas, saya teringat pada sebuah ayat yang wajar menjadi prinsip bagi setiap kader dakwah yang mengaku mencintai Nabi Muhammad. Saya ulang-ulangi ayat ini di dalam hati:
“ قل إن كنتم تحبون الله فاتبعوني يحببكم الله ويغفر لكم ذنوبكم والله غفور رحيم”
““Katakanlah (wahai Muhammad), “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosa kamu.” Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Ali Imran, 3: 31)”
Ya Allah, cintaku pada-Mu membawa aku kepada cinta yang mendalam terhadap Rasul-Mu. Sungguh benar ya Allah, cinta kami kepada-Mu dan kekasih-Mu perlukan pembuktian yang jelas. Bantu kami ya Allah, agar menjadi hamba yang benar-benar cinta.
Terasa sedih yang mendalam untuk berangkat pergi. InsyaAllah, bakal bertamu lagi di sini. Assalamualaika ya Rasulullah. Ya Rasulullah, kami merinduimu!
Allahumma solli a'la Muhammad

:: Recommended Book ::

HEBATNYA RASULULLAH
(Teladani peribadi & Pengurusan kekasih Allah)

Karya: Ustaz Zahiruddin Zabidi
Mengupas tentang:
1- Pandangan barat terhadap Rasulullah
2- Rasulullah sebagai suri teladan sepanjang zaman
3-Kebijaksanaan pengurusan kendiri, perniagaan, dakwah,politik,ketenteraan, keluarga Rasulullah.
4-Himpunan hadis-hadis berkaitan keperibadian Rasulullah.

Dapatkan segera.
Foto- Buku dan latar belakang sekitar Jabal Uhud, Madinah, 2013.
----------------------
Buku ini merupakan hadiah dari penulis buku ini, saat menziarahinya di kediamannya, sempena ziarah tokoh bersama beberapa sahabat sebelum saya melangkah ke tanah suci Makkah untuk menunaikan Fardhu haji pada tahun 2013.
Allah izinkan buku ini bersama-sama dalam perjalanan kembara hati menuju ilahi.
Setiap kali menekuni setiap bait dalam buku ini, tiada yang terpacul dari bibir, kecuali kalimah, "MasyaAllah, hebatnya kekasih Dia."
Buku ini menjadi peneman, saat di Madinah al-Munawwarah. Terasa lebih dekat, apabila menelusuri kisah hidup seorang kekasih Allah, dan pada masa yang sama, kaki ini sedang berdiri pada tanah yang menjadi saksi perjuangannya.
Terima kasih Ustaz Zahiruddin.
----------------
Antara pandangan yang paling mengundang kontroversi dilontarkan oleh Sarjana Barat, Michael H. Hart. Beliau mengulas mengenai Nabi Muhammad di dalam bukunya bertajuk The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History. Beliau meletakkan Nabi Muhammad ditempat pertama sebagai individu yang paling berpengaruh dengan komentarnya yang panjang lebar:
"My choice of Muhammad to lead the list of the world`s most influential persons may surprise some readers and may be questioned by others, but he was the only man in history who was supremely successful on both the religious and secular levels. Of humble origins, Muhammad founded and promulgated one of the worls`s great religious, and become an immensely effective political leader. Today, thirteen centuries after his death, his influence is still powerful and pervasive".
(Petikan dari buku ini)
----------------------
Bagaimana mungkin seorang sarjana barat boleh mengiktiraf keperibadian, ketokohan dan kebijaksaan seorang Nabi.
Ini cukup menjelaskan Rasulullah adalah Rahmatan lil-a`lamin.
Teruskan melakar pembuktian cinta kita terhadap baginda,
Lakarkan ia sepenuh keikhlasan dalam hatimu, dan terjemahkan kepada kesungguhanmu untuk mentaati sunnahnya.

Allahumma solli a`la Muhammad


‪#‎12rabiulawwal1435h‬

| Suara Siswa Ikim fm- Mahasiswa dan Bahasa Arab |

Alhamdulillah, selesai berkongsi bersama rakyat malaysia tentang Mahasiswa dan Bahasa Arab.. Terima kasih kepada rakan2 daripada Majlis T...