Sunday, April 20, 2014

~DIDIK ANAK SEBELUM KAHWIN~



Bengkel Tarbiyatul Aulad | ‘Didik Anak Sebelum Kahwin’
Ustaz Ridhauddin |20 April 2014 | Mini Auditorium IIUM

-Pendidikan anak-anak bermula sewaktu kita masih bujang …Ia menentukan genetic anak-anak yang bakal lahir nanti..Pembinaan genetic yang baik = syakhsiah anak2 yang baik

-Semua orang ada harapan untuk dapatkan anak yang superb, tapi dengan perbaiki sikap kita sebelum berkahwin dan pemilihan isteri atau suami yang tepat sebelum berkahwin.

-Doa nabi Ibrahim: رب هب لي من الصلحين ..فبشرناه  بغلام حليم..
-Kisah Nabi Ibrahim, 80 tahun berkahwin tidak punya zuriat…selepas berkahwin dengan siti hajar,dikurniakan seorang anak yang soleh iaitu Nabi ismail.

-Ada juga sesetengah ibu bapa yang soleh dan solehah, tetapi anak-anak mereka tidak soleh dan solehah…seperti mana yang berlaku kepada Nabi Allah Nuh dan Lut..Anak-anak dan isteri mereka derhaka kepada Allah..

-Apa tujuan untuk dapatkan anak?
يرثني ويرث من آل يعقوب واجعله رب رضيا.

Tujuan utama dapatkan zuriat adalah untuk Membina system pyramid pahala
إذا ماتت ابن آدم انقطع عمله إلا ثلاثة

-orang yang hebat dan cerdik akan buat longterm planning, mereka mendapatkan anak bukan untuk menjaganya di masa tua, tetapi untuk pahala yang berterusan sehingga akhirat…

-Set dari sekarang, target untuk melahirkan anak2 yang bukan sekadar hafiz quran, tetapi mengamalkan isi kandungan Alquran..

-Target: Melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah untuk campakkan mereka ke dalam masyarakat, untuk hidupkan dan islahkan masyarakat..

-Tugas seorang isteri hanya dua: menyantuni suami di kamar dan taat kepada arahan suami.
-Tugas seorang lelaki banyak: semuanya dipertenggungjawabkan di bahu mereka..

-While we try to teach our children all about life…our children teach us what life is all about..

-Jamil Khair Baharom: “Mengapa lelaki menjadi punca perceraian pada 5 tahun pertama perkahwinan?”- jawapan: kerana mereka xjelas kenapa perlu ada anak..

- Perempuan mempunyai 1 Akal dan 9 Emosi manakala Lelaki mempunyai 9 Akal dan 1 Emosi
-Perempuan kadang2 perlukan sentuhan emosi berbanding rasional: lelaki perlu memahami hakikat ini..

-Kahwin + mendidik anak = pyramid pahala>>>>ini yang biasa dilakukan

-Mendidik bakal isteri/suami + kahwin + mendidik anak = pyramid pahala>>>>ini yang terbaik…(memilih bakal isteri atau suami yang baik menentukan zuriat yang bakal lahir)

-وإذ قال ربك للملئكة إني جاعل في الأرض خليف

-Tugas khalifah adalah: إقامة الدين وسياسة الدنيا به

-Bagaimana untuk jalankan tugas khalifah dalam rangka seorang engineer, doctor, pensyarah dan sebagainya?? Jawapannya: bawalah manusia itu untuk kembali kepada Allah..

-Seperti juga ibu bapa, bawalah anak2 menuju kepada Allah…أن اعبدوا الله واجتنبوا الطاغوت..

Penentuan genetic bakal anak

عن أبي هريرة رضي الله عنه، عن النبي ص قال: " تنكح المرأة لأربع: لمالها ولحسبها وجمالها ولدينها، فاظفر بذات الدين، تربت يداك"...
-Nikahilah seorang wanita kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya..

-pilihlah yang kukuh agamanya...nescaya kamu akan bahagia didunia dan akhirat..

-Seandainya mewarisi banyak kelemahan dari genetic, anak2 nanti akan sangat dominan, diikat atas dasar genetic bukan factor persekitaran

-Jangan bergantung kepada faktor persekitaran untuk berubah menjadi baik,tetapi kita lah memulakan dahulu untuk berubah,jangan harapkan persekitaran..

-Buatlah sesuatu yang boleh merubah genetic kearah yang lebih baik..

-Saat bercantumnya sperm dan ovum, ia transform juga genetic sikap dan fizikal pasangan lelaki dan perempuan..jadi jika sebelum kahwin masih ada lagi sikap2 negatif dalam diri ibu bapa,maka ia kemungkinan akan transform ke genetic anak2..

Solat

-Kata Allah, إن الصلاة  تهى عن الفحشاء والمنكر...

-Wahai bilal tolong iqamat,aku nak berehat..solat yang dilakukan secara berkala, akan merubah sikap seseorang,jika anggap solat untuk berehat bukan sebagai beban…

-Hidup hati kerana Tuhan, tidak sama hidupkan hati kerana dunia

-Jadikan sesuatu yang baik itu sebagai sikap, ia akan senang diwarisi kpd anak-anak..

-Sikap ibu bapa akan diwarisi oleh anak2 melalui lihat dan ajar…jadi tunjukkan akhlak yang baik kepada mereka dan ajarkan nilai2 yang terpuji..

-Bagaimana untuk bentuk sikap baru?-wujudkan suasana baru, dimana tempat sahaja..

-Diuniversiti, persiapkan diri untuk membentuk satu suasana baru, dan bawakan suasana itu ke dalam rumahtangga nanti..wujudkan suasana islamik dalam diri kita sewaktu diuniversiti (suka membaca,mengaji quran, melazimi qiamullail dan sebaginya)

-Dalam rumahtangga nanti, sediakan suasana islami untuk anak-anak, supaya mereka terdorong untuk membaca buku,qiamullail, menghafal quran dan sebaginya sejak kecil lagi..
إن الله لا يغير ما بقوم حتى يغير ما بأنفسهم..

-Rumahtangga akan terbina dengan zon kita, bukan zon ibu ayah kita...Ubah semasa berada diuniversiti lagi, untuk kita bawa ke dalam rumahtanga nanti..

-Persoalan Loyalty-seorang isteri seharusnya  menyediakan dirinya hanya untuk soulmate(suami)

-Binalah kekuatan melalui masalah yang dihadapi..

-Bagaimana nak bina genetik anak yang terperangkap dgn persekitaran yang xbaik diluar sana? Jawapan: ikat diri mereka dengan nilai dan akhlak…pembentukan genetic ibu ayah yang baik, akan menghasilkan akhlak anak2 yang baik..dan anak2 tersebut tidak mudah terpedaya dengan persekitaran…tanamkan akhlak yang kukuh dalam hati anak-anak terlebih dahulu..

SLOT PETANG

-Ibrah dari Kisah Mr Bean and Einstein..

-Kadang-kadang kita rasa sudah tahu banyak benda, tetapi banyak lagi sebenarnya kita xtahu..

-Lelaki suka PROSES(untuk dapatkan zuriat)

-Perempuan suka OUTPUT(zuriat/baby)

-Hakikat lelaki:

1- lelaki suka proses untuk menghasilkan anak, kerana mereka ada hormon yang bernama testosterones..PROSES untuk dapatkan zuriat adalah berkaitan dengan hormon ini...merangsang hubungan kelamin..

2-Faktor kedudukan cerebrum  (fungsi cerebrum lelaki adalah untuk sexual intercourse)-(sebab itulah Allah menasihati untuk tundukkan pandangan)..

-Hakikat perempuan: Hormon oestrogens (wanita akan lebih suka output /baby, hormone ini tidak banyak kaitannya dengan sexual intercourse)

 Law of Nature vs Nurture

-Nature-Fitrah
-Nurture- faktor sekeliling
-Jika diberi pilihan samaada angin pantai atau aingin aircond ,mana lagi best?? 

semua akan menjawab angin pantai…mereka dari latar belakang yang berbeza, tetapi kenapa mereka memilih jawapan  yang sama? 

Jawapannya: Kerana kita datang dari Tuhan yang sama…

-Surah Arrum: 30

MODUL: Ustaz meminta 5 kumpulan untuk bentangkan tajuk ini:

1-HEDONISMA
-bertuhankan hawa nafsu
-keseronokan hidup, enjoy, xfikir pembalasan selepas mati
-anggap agama menyongkong hidup
-Sudah lama berlaku- contoh: kematian remaja sebelum konsert
-Faktor-faktor: Berlaku di dalam rumah, media,
-Tanggungjawab pemimpin (keluarga,masyarakat,Negara)-

Enforcement of the law
-Sekatan konsert dan sebagainya
-Persekitaran mempengaruhi hedonism

2-IGNORE-ISME
-ketidakpedulian-isme: rata2nya merasakan tidak peduli kepada persekitaran, didoktrin oleh media, xleh jaga tepi kain
-anti social,vandelisme, buang anak
-tengok maksiat tetapi tidak tegur da nada yang tegur,tetapi mendapat tentangan dari keluarga itu sendiri
-Hubungan komunikasi dan didikan dalam keluarga
-xnak timbul masalah
-pentingkan diri sendiri
-mahasiswa: hanya mementingkan pelajaran,tanpa mempedulikan isi semasa
-kesan: maksiat berleluasa
-jalan penyelesaian: agama yang kukuh, amar makruf nahi mungkar, didikan dari ibu ayah yang baik

3-KL BUSY
-Materislistik
-high living course
-beat the traffic: solat subuh tengah jalan
-mengejar pangkat dan teknologi
-broken family,social problem, stress depress
-Back to islam, terapkan agama, time management, set kan priority, set goal, stress management,
-sebelum berkahwin ada list do n don’t dengan pasangan

4-MASALAH MASYARAKAT NON-MUSLIM
-salah anggap kepada ajaran islam, xsemua orang islam boleh jawab, kerana kita x faham tentang agama kita
-xpractise islam yang sebenar
-xtunjuk contoh yang baik
-solution: cari ilmu, practise
-siapkan akidah yang mantap dalam jiwa anak-anak

5-GOLONGAN JALAN HAJI TAIB, CHOW KIT,BUKIT BINTANG
-gelandangan, mak nyah, bapok
-sebab: dapat support PT foundation (NGO men sex men), pemberian kondom
-xfaham agama, because of curiosity,dapatkan pengalaman
-kurangnya orang-orang agama ke sana,untuk berdakwah
-masyarakat  xboleh pandang mereka sebagai jijik

RESOLUSI DARI MODUL INI:

-kita masyarakat yang banyak bincang atau membahaskan masalah bukan membahaskan penyelesaian

-JANGAN JADI HEBAT MEMBAHASKAN MASALAH, TETAPI BANYAKKAN BAHASKAN SOLUSI UNTUK BANTU MASYARAKAT

-para nabi diutuskan bukan untuk bahaskan masalah ,tetapi untuk datangkan  solusi dan penyelesaian..

-orang yang paling soleh, adalah yang masuk kepada masyarakat dan memperbaikinya

-Abu bakar berkata ketika dia lihat dedaun berguguran,”alangkah baiknya aku menjadi  daun,ia gugur, dan tidak dihisab”..

-Masalah memberi peluang kepada kita untuk bekerja dan berdakwah

-الخبيثات للخبيثين والخبيثون للخبيثات والطيبات للطيبين والطيبون للطيبات أولئك مبرؤون مما يقولون لهم مغفرة ورزق كريم...
-surah Annur: 26

-Aku seorang musleh dalam persekitaran yang buruk,

-Mencontohi semua anbiya` , mereka lahir dari hiruk pikuk masyarakat..

KONKLUSI:

1-UBAH CARA FIKIR: lihat masalah masyarakat untuk menjadi penyumbang kepada pengislahan
2-Sekarang berdakwahlah, dan buatlah sesuatu untuk pengislahan masyarakat untuk mewujudkan  masyarakat2 yang baik supaya anak-anak kita nanti dapat hidup dalam satu ekosistem yang sejahtera..

SENARAIKAN SWOT:

1-STRENGHT
2-WEAKNESS
3-OPPORTUNITY
4-THREAT

TAQDIR DAN USAHA

له معقبات من بين يديه ومن خلفه يحفظونه من أمر الله إن الله لا يغير ما بقوم حتى يغيروا ما بأنفسهم وإذا أراد الله بقوم سوءا فلا مرد له وما لهم من دونه من وال

-Menjadi yang SOLEH DAN MUSLEH

-Pilihlah Ibu atau Ayah yang terbaik untuk anak-anakmu

-DIPERCAYAI lebih utama daripada dicintai..Berapa banyak hubungan cinta yang terputus kerana hilangnya kepercayaan..Jadi, dalam rumahtangga..jangan hanya menjaga cinta, tetapi pupuklah KEPERCAYAAN (ustaz Pahrol)

-semua orang mampu untuk memberi cadangan, tetapi xramai yang mampu buat

-Menjadi pencadang kepada masalah ummat sangat ramai, tetapi yang menggerakkannya sangat sedikit

-Salah satu punca kepada masalah akhlak  adalah dari rumahtangga yang pincang

-Masalah yang kita bincang ini, bukan masalah orang lain, tetapi masalah bakal anak2 kita

-kita ada zuriat, zuriat itu akan menghantar kita ke dua tempat sahaja samaada syurga atau neraka

-Diakhirat nanti, seorang anak menarik kaki ayahnya,lalu berkata, wahai ayah, engkau xlayak ke syurga,kerana ayah tidak tunaikan tanggungjawab dengan baik???adakah kita ingin situasi ini berlaku nanti??jadi, jalankanlah tanggungjawab sebagai ibu dan ayah sebaiknya,supaya kita tiada hutang dengan anak-anak diakhirat nanti..

-semua orang diakhirat, akan cuba untuk melepas diri

-يوم لا ينفع مال ولا بنون إلا من اتى الله بقلب سليم

-Bawalah hati yang tulus suci untuk bertemu Allah (qalbun salim)

Disediakan oleh:
Nik Fatma Amirah Bt Nik Muhamad
Peserta Bengkel Tarbiyatul Aulad 2014
(nikfatmaamirah.blogspot.com)






No comments:

Post a Comment

| Suara Siswa Ikim fm- Mahasiswa dan Bahasa Arab |

Alhamdulillah, selesai berkongsi bersama rakyat malaysia tentang Mahasiswa dan Bahasa Arab.. Terima kasih kepada rakan2 daripada Majlis T...