Saturday, January 25, 2014

:: SUPER WRITER ::



Bengkel Penulisan Simfoni Bicara
24 /1 /2014-KIAS

SLOT 1
USTAZ A.UBAIDILLAH ALIAS

-Terasa diri muallim,ingin menyampaikan ilmu yang ada.
-menulis kerana nak sampaikan perkara yang betul
-anda menulis kerana menjawab persoalan yang tiada org jawab, pada situasi itu anda wajib menjawab persoalan tersebut jika ilmu ada pada anda.

Segmen 1: (PRINSIP ASAS PENULIS MUSLIM)

KEWAJIPAN SEORANG MUSLIM
-Kewajipan menyampaikan ilmu
-Kewajipan berdakwah dan mendidik masyarakat
-kewajipan berjihad menentang musuh Islam dan mempertahankan Islam..
-Membina tamadun pemikiran bangsa
-Sebagai pahala jariah: penulisan itu kekal,jangan menulis ikut sedap hati..

ADAB-ADAB PENULISAN
-Menghormati hak orang ramai untuk membaca yang benar
-membetulkan kesilapan dan memohon maaf
-menulis sesuatu yang diperlukan oleh masyarakat
-bersifat terbuka dan merendah diri-jangan mengeluarkan kata2 xbaik..sebaliknya menggunakan bahasa memujuk...
-menghormati pandangan org lain- jika xsetuju dgn satu2 pandangan,jarang menyerang dia..beri komentar dalam nada merendah diri dan nasihat yang lembut.

CIRI-CIRI PENULISAN ISLAM
-Mencari keredhaan Allah bukan glamour
-Menulis perkara yang benar,tepat,jelas dan adil
-Menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran
-sensitif kepada isu semasa dan permasalahan umat islam
-tidak menjadi alat kepada musuh Islam
-Banyak memperingati pembaca terhadap kewajipan agama
-menyebut neraka dan syurga,dosa dan pahala secara terang dan jelas..


Segmen 2: (MENCARI IDEA DAN KARYA PATUH SYARIAH)

SIKAP ASAS PENULIS
1-ketekunan dan ketelitian-teliti setiap fakta,bahasa

2-berani dan tidak berhenti dengan kritikan

3-kuat ingatan,mampu menghimpun dan mencantum pengalaman

4-memiliki kamar dan komputer sendiri-wajib ada bilik,komputer sendiri

5-bertutur seperti seorang penulis-kayakan diri dengan bahasa
a-guna ayat lengkap
b-elakkan guna loghat daerah
c-fahami setiap perkataan yang dituturkan

6-Uruskan waktu
a-menaip laju-kuasai cara guna keyboard tanpa tgk keyboard
b-menulis pada waktu segar-jangan tulis waktu mengantuk

7-jangan tunggu ilham dari langit,penulis perlu mencari bahan melalui pembacaan &pengalaman..

8-Mencari idea-
a-elakkan serabut dan kasut
b-jaga solat berjemaah dan solat dhuha

****yaAllah kau pemilik segala ilham...kurniakanlah kepadaku ilham yang bernas dan berkualiti.

****tanam cita-cita untuk menjadi seorang penceramah, penulis dan orang yang dikenali dengan kebaikan

PROSES PENULISAN

1-Penulis perlu memilih sasaran pembaca
2-Menentukan khalayak pembaca-pilih sasaran
3- Mulakan dengan yang mudah dahulu
4-Mulakan penulisan saat ini: penyusunan isi atau rangka,objektif, jangan terikat dengan tajuk atau judul
5- Mula menulis draf yang pertama:gunakan ayat mudah

KESILAPAN YANG BIASA BERLAKU PADA PENULIS BARU

1-Bahasa yang meleret-leret
2-kesilapan menaip dan tanda baca
3-Perenggan yang tidak seimbang
4-menyemak dan merumus kembali draf pertama:

SELEPAS KARYA ANDA SIAP
1-Memaparkan karya kepada umum (gunakan kemudahan IT dan wujudkan ruangan komentar).

Q&A SESSION

Q: Mati minat? Bagaimana nak atasi?
A:-tersekat dgn komitmen keluarga
-jika menulis kerana wang atau kerana waktu lapang, anda tidak akan kemana...menulislah pada waktu tenang dan susah..
-anggap penulisan adalah nafas dan jiwa anda..
-penulisan adalah dakwah
-jangan manja dan malas,hindari dari alasan
-banyak dengan hiburan,tidak minat menulis untuk agama..
-gantikan benda lagha dengan menulis

Q: Karya tidak terbit?
A:-belajar dari org yang terbaik dan betul
-org yang hebat adalah ikut jalan org yang hebat
-banyak rujuk editor mengapa syarikat tidak menerima manuskrip tersebut untuk dipublish.

Q: Apa step yang perlu diambil untuk Summaries buku2 lama?
A: -rujuk DBP,kerana mereka ada panel2
-hakcipta teknikalnya panjang

Q: Cara mendapat idea.
A: -xsama setiap orang
-explore diri sendiri, masa mana yang terbaik utk menulis..

Q:Pemilihan penerbitan
A:-tanya org lama
-ada penerbit yang menipu penulis,cetak 5000,tapi bgthu penulis cetak 3000,royalti juga penulis dapat utk terbitan 3000 naskhah..berhati-hati..
-galeri ilmu,kemilau,PTS,Telaga Biru-terbaik


Q: Teknik menulis
A: -teknik surah yusuf,teknik dialoq
-ending dengan kebaikan,walaupun kejahatan pada permulaan
-ada tajuk bayangan
-tajuk kene sedap,dan padat

Q: Jenis karya yang mendapat sambutan masa kini?
A: Yang diperlukan oleh masyarakat sekarang adalah bahan ilmiah dan diceritakan dalam bentuk santai..

Q: Motivasi penulis
A: Yakin karya kita sedap dan menarik,tetapi mungkin berbeza dengan tarikan pada karya2 lain
-kita unik dalam dunia kita sendiri
-bangga dengan apa yang kita lahirkan

Q: Bagaimana nak lahirkan karya yang santai dan dalam masa yang sama patuh syariat
A:-biasakan bercakap dengan orang bawah umur dari kita..
-Biasanya apa yang kita tulis,itulah perangai atau attitude kita,jika kita lawak,kita boleh tulis karya yang lawak..jadi untuk menulis karya yang santai,banyakkan melatih berkomunikasi bersama kanak2 kerana kita akan merendahkan tahap pemikiran atau laras lontaran idea.

Q: Bagaimana nk cipta karya yang ada hidden agenda utk bawa non muslim kepada islam?
A: -Ingat! hidayah itu milik Allah
-tonjolkan akhlak dalam penceritaan
-banyak tonjolkan kebaikan dari kejahatan
-ikutilah kejahatan dengan kebaikan-kata nabi

***Tafsir Al-Adzim- sesuai utk pejuang
***Tafsir Al-Munir- pelajar

***-Buat buku hadis 40-yang sesuai utk kanak2
***-Ambil buku yang berat tentang feqah,sirah atau sebagainya,buat dalam ayat kita sendiri dalam bentuk santai..

***-Dunia semakin rosak,keruntuhan moral
***-Kenapa aku xleh tolong dia? Apa yang dah aku buat utk bantu ummah?
-menulislah utk agama
***-Tgk masyarakat kita,yang mana perlu dibaiki?

_____________________________________________________________________________

Perkongsian dari wakil DBP
Encik Ikram

Bidang kerja, tugas DBP:

1-Bahasa
kursus penataran,tatabahasa,bengkel2 penulisan,,format surat menyurat
bahasa di radio (kelantan fm,terengganu fm) ,bulan bahasa kebangsaan (oktober)
(Kembara bahasa,malam bahasa jiwa bangsa,malam apresiasi puisi, semarak bahasa,karnival bahasa)
Audit bahasa (ke jabatan kerajaan -audit bahasa melayu) (majoriti 50 %-kualiti bahasa dalam urusan rasmi)

2-Sastera
Bengkel penulisan,(kreatif /ilmiah) ,bengkel tunas remaja (sekolah rendah /menengah) ,bengkel tunas muda,seminar sastera (bedah karya) ,

3-Penerbitan
Menulis secara konsisten,hasil karya kita terbitkan,
Bengkel perolehan judul,
Bengkel Thesis ke Buku

__________________________________________________________________________

SLOT 2
MENJADI PENULIS SUPER
Ustaz Shihabuddin Ahmad

-senaraikan 5 buku yang ingin ditulis atau bakal diterbitkan
-bertindaklah sekarang untuk mencapai cita-cita tersebut.

Isu 1: Pengenalan Dunia Penulisan

-Orang yang tersangat sibuk mampu untuk  tulis buku selama 45 hari


SYARAT MENULIS

Kata Prof Rahman Shaari,Syarat menulis ada 10:
1-Minat
2-Bakat
3-Mulakan
4-Bersungguh-sungguh
5-Bersungguh-sungguh
6-Bersungguh-sungguh
7-Bersungguh-sungguh
8-Bersungguh-sungguh
9-Bersungguh-sungguh
10-Bersungguh-sungguh sehingga selesai

PENULISAN UNTUK APA?
-Aku mahu terus hidup sekalipun umurku telah habis
-Tarbiyah melahirkan pemimpin,dakwah merubah masyarakat
-Islam tidak hanya inti,tetapi juga kulit

HALANGAN SEORANG PENULIS
-kesukaran berkarya secara konsisten
-Rutin dan model penulisan yang memerlukan komitmen yang tinggi
-Penulisan adalah pilihan kedua
-Hadir bengkel /Kursus hanya untuk mengisi masa lapang

APA YANG PERLU ANDA FIKIR?
1-Kepada siapa saya mahu tulis?
-memilih sasaran

2- Apakah jenis penulisan saya?
-Genre penulisan

3- untuk apa saya menulis?
-Matlamat penulisan

4- Dari mana saya menulis?
-Idea dan hati

5-Bagaimana mempersembahkan hasil produk?
-kaedah menulis

TIPS PENULISAN

·         Tulis dulu
·         Satu ayat kurang 15 patah perkataan
·         Tidak menggunakan perkataan benci,ktitik dan emosi keterlaluan
·         Gunakan bahasa melayu standard
·         Banyakkan membaca
·         Tulis dan minta kritikan melalui facebook dan sebagainya
·         Susun tulisan dengan baik
·         Target pembaca anda
·         Jangan takut hantar manuskrip
·         Bina ‘genre’ sendiri
·         Baca hasil penulisan lebih dari 5kali
·         Tajuk ‘evergreen’
·         Tidak banyak menggunakan ayat bombastic

KPI PENULISAN
-Tulis apa yang kita ada
-Sekali baca-faham terus
-80 tahun kedepan masih releven lagi.

FAHAMI ISTILAH INI
-TERKENAL SEBELUM PAKAR & PAKAR TETAPI TIDAK TERKENAL
-Fokus utama ialah PAKAR, bukan TERKENAL

SUDAH SIAP TULIS?
-Hantar manuskrip anda ke syarikat penerbitan bersama proposal.

Wallahua`lam..



No comments:

Post a Comment

| Suara Siswa Ikim fm- Mahasiswa dan Bahasa Arab |

Alhamdulillah, selesai berkongsi bersama rakyat malaysia tentang Mahasiswa dan Bahasa Arab.. Terima kasih kepada rakan2 daripada Majlis T...