Thursday, January 31, 2013

~Perjalanan ini~


Sahabatku,

Perjalanan ini masih panjang,
Semuanya menuntut ketabahan,
Hati,jiwa dan perasaan,

Sahabatku,

Dalam menghadapi getir kehidupan,
Siapa yang utama yang kita cari utk pertolongan,
Adakah Allah atau hamba yang kefakiran,

Sahabatku,

Dikau seorang Dai`e dalam permusafiran,
Dikau harus kuat untuk menguatkan,
Dikau mujahid dan mujahidah yang dahagakan pengalaman,
Dikau harapan islam dan masa depan,

Sahabatku,

Disaat ujian hadir dipersimpangan perjalanan,
Iman yang setinggi gunung,mampu jatuh serendah lautan dalam,
Ujian hati dan perasaan,
Ujian pelajaran,
Ujian kehidupan,bermacam-macam,
Aku masih ingat,disaat itu,tiada apa yang aku harapkan,
Kecuali aku kembali dalam dakapan,
Allah yang Maha penyayang..

Sahabatku,

Perasaan ingin menukar 'status' itu sering terbayang,
Tapi semuanya berbelah bagi,
Aku sayang dakwah,
Aku sayang hubungan dan jalinan kasih sayang dengan Allah,
Aku sayang ilmu Allah yang Maha Luas,
Aku takut menjadi fitnah,kerana aku masih belum bersedia menghadapi semuanya,
Taklifat sebagai seorang isteri,anak,pelajar,daie dan sebagainya..
Aku takut islam lemah disebabkan aku..
Jadi,aku lupakan saja hasrat itu,
Emm,belum masanya lagi..

Sahabatku,

Marilah pandang jauh kehadapan,
Meninggalkan mentaliti yang kemunduran,
Pandanglah dengan kaca mata iman,
Sejauh manakah mampu ku bawa islam,

Sahabatku,

Saat ini,
Kita masih disini,
Menuntut ilmu,berdakwah,
Hargailah masa ini,
Masa muda yang akan pergi,
Manfaatkanlah sebaiknya,
Supaya tidak rugi di pengakhirannya..

Sahabatku,

Sambutlah salamku,
Salam mujahadah,salam perjuangan,
Salam menempuh ranjau kehidupan,
Perjalanan masih panjang,
Teruskanlah!

-Sahabatmu yang memerlukan kekuatanmu,

Kuatkanlah dirimu untuk menguatkan aku..
Terima kasih..

Nik Fatma Amirah

UIAM

| Suara Siswa Ikim fm- Mahasiswa dan Bahasa Arab |

Alhamdulillah, selesai berkongsi bersama rakyat malaysia tentang Mahasiswa dan Bahasa Arab.. Terima kasih kepada rakan2 daripada Majlis T...