Tuesday, November 8, 2011

~Izinkan cuma Engkau yang bertakhta dihati~

Bismillahirrahmanirrahim...

  • اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت ، خلقتني وأنا عبدك ، وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت ، أعوذ بك من شر ما صنعت ، أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي فاغفر لي ، فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
Di pelataran dinginnya malam, ku terdampar sendiri.
Saat ini, tika ini, hati seakan terdera dengan amukan hawa nafsu dan perasaan yang mengetuk-ngetuk tangkai hati. Tidak semena-mena, titisan jernih jatuh, setitis demi setitis. Hati sebak.
Dibiarkan air jernih itu mengalir hangat. Berlawan dengan emosi, ternyata seringkali diriku menjadi kalah. Nurani membentak, jiwa ini tidak tenang. Kenapa? Kenapa begini? Kenapa sekarang jadi begini?
Dulu hati itu dapat merasai sebuah ketenangan. Namun kini ketenangan itu seakan-akan diragut. Diragut oleh siapa? Apakah ia hilang ditarik oleh Tuhan? Atau kerana dosa-dosa yang dilakukan? Soalan-soalan itu bertubi-tubi menyoal, namun hati sememangnya tidak mampu menjawab. Terdiam sepi. Adakah hati itu telah mati?
Memang tidak ku nafikan, dia sangat menyayangi diri ini. Tetapi berkali-kali ku ingatkan pada diri, kasih sayang itu tidak abadi!
'Berpada-padalah dalam menyayangi, jika tidak kelak dikau akan menangisi!'
Entah dari mana suara itu datang dan berbisik pesanan, kemudian hilang.
Namun kini, ku pula yang terkena panahan kasihnya itu. Semakin ku lari, semakin dia mendekati. Benarlah. Menjaga sekeping hati amat sukar sekali. Perlu sangat cermat dan berhati-hati. Ku mengeluh, melepaskan sebuah keluhan perasaan yang berat, yang semakin memberati rasa hati.
Jiwa ini tidak lagi suci, terasa ia tersangat kotor.
"Ya Ilahi, di manakah Engkau selama ini yang bertakhta di hati? Kenapa ia sekarang telah terganti dengan makhlukMu? Kenapa diri terlalu tega menggantikan tempat teragung itu dengan insan dan makhlukMu yang hina?"
Hati bermonolog lagi sendirian. Tidak! Ia punya peneman. Sang Tuhan yang sentiasa sentiasa ada mendengar setiap keluhan.
"Astaghfirullahalazim.... Ighfirli Robbi... Ighfirli...."
Bibir memantulkan kalimah suci itu perlahan-lahan. Bibir diketap erat. Menahan tangkai emosi yang kian membuak-buak rasa pilu dan syahdu bila menyebutkan nama terindah itu, jiwa menjadi mudah terusik.
Berbicara dengan Sang Agung, air jernih itu terus menitis kemudian semakin mencurah-curah. Teresak-esak.
"Ya Rabbi, pegang hati ini, dakaplah ia seerat-eratnya, jangan sesekali biarkan ia termiliki oleh makhlukMu, ku tidak sanggup menggantikan tempatMu dengan yang lain, tidak sanggup juga berkongsi rasa itu, ku cuma mahu kasih itu teragung untukMu, ku cuma mahu rindu itu terpatri untukMu, ku cuma mahu cinta itu hanya membunga untukMu Tuhan, jangan biarkan daku terkalahkan dengan emosi dan perasaan yang seringkali dipermainkan oleh syaitan.
Ya muqallibal qulub, tetapkanlah jiwa ini setulusnya di jalanMu, pancarkan cahaya bagiku di jalan yang gelap agar aku tidak teraba-raba kesepian sendirian di hujung jalan yang kelam, jangan biarkan ku terus begini tanpaMu disisi.
Tuhan, Izinkanlah! Cuma ingin Engkau yang bertakhta di hati ini "
Berkali-kali kalimah itu diungkapkan pilu dalam pelantaran sujudnya. Wajah diraup setelah tangan menadah. Hati terus berdoa dan berharap, semoga Dia menerima segala-galanya..
~Artikel iluv islam~

Monday, March 7, 2011

~ENGKAU CIPTAAN YANG HEBAT~




Gadisku, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk

Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. 

Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bias menarik sang kumbang untuk mendekatimu.Namun...tidak semua bunga senang didekati sang kumbang lantaran duri yg memagari diri, umpama mawar merah, dari jauh sudah terhidu keharumannya.Penahan warnanya yg terselah indah mengundang kekaguman kepada sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.

Gadisku, aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahadah.
Bentengilah kubu dirimu dengan perasaan malu yg bertunjangkan keimanan dankeindahan takwa kepada Allah...Hiasilah wajahmu dengan titisan wuduk.

Ingatilah ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki
dan lelaki tidak melihat kepadannya. Sesuatu yg tertutup itu lebih berharga
jika dibandingkan dengan sesuatu yg terdedah, umpama sebutir permata yg
didedahkan untuk perhatian umum dengan suatu permata yg diletakkan dalam
bekas tertutup. Sudah pasti keinginan naluri lebih kuat untuk melihat
sesuatu yg tersembunyi, melebihi sesuatu yg terdedah. 

Wanita solehah ygpatuh dan taat kepada AL-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannyaadalah harapan setiap insan yg bernama Adam. Namun segalanya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yg tinggi kerana bertentangan dengan nafsu serakah yg bersarang dalam dirimu. Lebih-lebih lagi dgn title gadis yg engkau miliki, sudah pasti darah mudamu mencabar rasa keimanan yg ada.

Namun ingatlah gadisku...sesiapa yg inginkan kebaikan, maka Allah akan
memudahkan jalan-jalan baginya ke arah itu. Yang penting gadisku engkau
miliki azam, usaha dan istiqamah..

Gadisku, akuilah dirimu menjadi fitnah kpd kebanyakan lelaki. Seandainya
pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu, maka sudah tidak ada perisai yg dapat membetengimu. Sesungguhnya Nabi ada mengatakan bahaya dirimu "tidak ada suatu fitnah yang lebih besar, yg lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yg berpunca dari kaum wanita." 

Oleh itu, gadisku, setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan Al-Quran dan As-Sunah. Jgn biarkan sekali sesiapa mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu. Sesungguhnya Allah Taala telah mengangkat martabatmu setaraf kaum Adam. 

Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yg bakal menggocang dunia dgn sentuhan lembut tanganmu.

Gadisku, dalam hidupmu engkau ingin menyayangi dan disayangi. Itulah fitrah
semulajadi setiap insan, namun ramai antara kaummu yg tewas kerana
cinta....bercinta tidak salah, tetapi memuja cinta itu salah..Kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah
tergadai. 

Gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagian
besarnya kerana cinta."Sesungguhnya cinta itu buta." Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yg hak dan batil, 

Jika engkau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu semata-mata dan bukan kerana Allah swt..Sebelum engkau mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu. Cintailah dirimu yg unik itu dgn mengkaji hakikat kejadianmu yg begitu simbolik. Asal kejadian dari setittis air yg tidak berharga, lalu mengalami proses pembentukkan yg sempurna hasil rencana ALLAH. 

Semoga perasaan sebegitu dapat melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadap Allah dan dgn itu akan timbul cinta dan kasihmu terhadap penciptamu…

Gadisku, menyintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap makhluk, itulah cinta yg hakiki dan abadi...

-copied-


Thursday, February 24, 2011

~DAKWAH DAN TARBIAH~



Apakah kesan tarbiyyah tanpa da'wah?

Tarbiyyah adalah potensi seperti air dalam badan manusia. Sememangnya air diperlukan,namun ia perlu bergerak dan dijelmakan dalam bentuk pelbagai seperti darah dsb.Jika air tersebut diperam didalam badan ie tak dibuang,ia akan menyebabkan penyakit. 

Segala ilmu dan potensi yang dibina dalam tarbiyyah yang tidak diterjemahkan dalam bentuk aplikasi da'wah akan menyebabkan seseorang itu penuh dengan penyakit hati sehingga lebih suka menjadi penghukum daripada menyeru kearah kebenaran. 

Tanpa da'wah,tarbiyyah akan merosakkan diri seseorang kerana merasakan diri sahaja betul dan individu lain salah.

Apakah kesan da'wah tanpa tarbiyyah?

Tarbiah adalah minyak yang menyediakan tenaga dan modal kepada penda'wah. Jika pada awalnya si penda'wah bersemangat untuk mengajak manusia ke arah kebaikan, ia akan ketandusan minyak jika tidak dibekalkan dari semasa ke semasa. 

Apabila ketandusan minyak, bukan sahaja da'wah tidak dapat dilaksanakan dengan baik malah kekadang si penda'wah itu sendiri rasa letih dan tidak mampu meneruskan kerja da'wah. Inilah asas kepada gejala keguguran di medan da'wah. 

Tarbiyyah yang kurang mantap memudahkan seseorang itu gugur daripada jalan yang mulia ini...Wallahualam..

Sebenarnya skop dakwah tu luas. Tetapi org skarang punya mindset salah... 

Apabila cakap da'wah je mesti terus kaitkan ngan usrah,ceramah agama,masjid n ustaz/ah..tapi sebenarnye da'wah skop dia luas lagi..everything that potrays the teaching of Islam,itulah da'wah sebenarnya..contohnya menjaga kebersihan,pemakaian sopan,tepati masa,akhlak baik n berjaya dalam pelajaran pon dah kira da'wah kite pada org lain..

Cuba kite lihat sirah Rasulullah S.A.W kan,bagaimana sifat baginda yg amanah,budi pekerti yg baik dan kepimpinan yang hebat telah banyak menarik hati masyarakat kepada Islam.Sama-sama betulkan 'mind set' org ramai tentang da'wah, kerana dakwah ini bukan hanya berkaitan hal-hal agama n ibadah sahaja. Ia juga meliputi isu2 politik,ekonomi n sosial dan sebagainya…

*musykilah kabiroh*


salah satu skop da'wah ialah amar ma'ruf nahi mungkar..senang utk menyeru kepada kebaikan tetapi susah untuk mencegah kemungkaran..

Selemah-lemah iman ialah mencegah kemungkaran dgn hati..dengan membenci dan tidak menyokong kemungkaran tersebut..tapi sampai bila kite masih dengan method yang sama, hanya menegur dengan hati...

{Ali-Imran:104}Dan hendaklah diantara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (buat) yang makruf, dan mencegah yang mungkar. Dan mereka itulah orang2 yang beruntung.
 
~KERJA DA'WAH BUKAN DIBUAT PADA WAKTU LAPANG SAHAJA TAPI KITA HARUS LAPANGKAN WAKTU KITA UNTUK DA'WAH~

wallahua`lam..

-sumber: Iluvislam

| Suara Siswa Ikim fm- Mahasiswa dan Bahasa Arab |

Alhamdulillah, selesai berkongsi bersama rakyat malaysia tentang Mahasiswa dan Bahasa Arab.. Terima kasih kepada rakan2 daripada Majlis T...