Sunday, May 4, 2014

::Kerinduan yang tertewas::


Ternyata, dunia ini sementara..

Saat kita kecapi sesuatu kenikmatan, ingatlah, kenikmatan itu tidak kekal lama..kerana kita masih di daerah yang sama..

Iaitu Dunia!

Daerah yang ditunggu adalah syurga..disana kenikmatan yang berpanjangan akan kita semua kecapi..

Jadi, berusahalah mengumpul sebanyak mungkin pahala, supaya ia memungkinkan kita, untuk hidup di daerah sana..

Aku tidak lama di sini

Jumaat yang tenang, Jemaah haji wanita masih lagi ramai di Musolla tingkat G Hotel Abraj, Janadriah..usai solat zuhur, mereka bergegas ke bilik masing-masing, bersedia untuk makan tengahari..ada yang menunggu pasangan masing-masing pulang dari masjid, untuk mereka makan tengahari bersama..

Kebiasaannya setiap hari jumaat, tatkala semua Jemaah haji lelaki ke Masjidil Haram untuk solat jumaat, pihak Tabung Haji menyediakan seorang ustazah atau pembimbing haji untuk berada bersama-sama Jemaah haji wanita yang lain, memberi peluang untuk mereka bertanya tentang kemusykilan dalam ibadah dan sebagainya..

Sejam sebelum Q&A session, pembimbing haji tersebut akan mengupas isu-isu yang menarik serta tazkirah sebagai bekalan untuk jiwa para Jemaah haji…dan juga disertakan alunan zikir terapi untuk menguatkan tenaga cinta kepada Allah..

Seusai solat zuhur, aku keseorangan, membawa diri dan fikiran yang melayang, merindui Malaysia yang jauh di sana, dan dalam masa yang sama, kesedihan turut  menguasai diri, kerana hanya tinggal beberapa hari lagi berbaki di tanah haram..

Sofa merah itu, seolah-olah mengerti perasaanku, membenarkan aku duduk dan menghela nafas kerisauan…mata tertumpu kepada jalanraya berhadapan hotel, bunyi hon kereta yang membingitkan…

Ada segelintir Jemaah haji lelaki sudah tiba di hotel, mereka kelihatan tercungap-cungap menghela nafas...maklumlah, 20 minit berjalan kaki dari masjidil haram..:)

“Ya, aku tidak lama di sini, aku bakal pulang tidak lama lagi..”..hatiku berbisik..
"Tetapi, apa yang ada pada diriku, untuk aku jadikan bekalan saat kerinduan menjengahku ketika di tanah air nanti? "soalku..

Soalan tanpa jawapan..

Doa dan Istiqamah, ubat kerinduan

"Abang long, Kak Long terlalu rindu saat kenangan haji tahun lalu…tetapi Kak Long tidak dapat berbuat apa-apa, hanya mampu memendam perasaan rindu.."
“Abang Long, setiap kali lecturer atau sahabat-sahabat menyebut tentang haji, Makkah dan Madinah, Kak Long seringkali menangis, ”..
"Mengapa ya abang long, kenikmatan ketika di dunia ini sekejap sahaja dapat kita rasai dan kecapi? Mengapa kenangan haji itu sekejap sahaja dapat Kak Long rasai?


Aku meluahkan segalanya kepada Abang Long, ketika kami dalam perjalanan pulang dari Majlis Komensmen abah, di Seremban..

“Kak long, banyakkan berdoa dan mengadu pada Allah”..


Ringkas sahaja respon dari Abang Long, tetapi ia menusuk terus menikam Qalbu!

Kerinduan itu hanya bisa diterjemahkan melalui doa..

Sangat tepat!

"Ketika kerinduan menjengah, teruslah berdoa di dalam hati, supaya Allah mengaturkan perancangan yang terbaik, untuk jemput ke RumahNya lagi atau memberi kekuatan impak dari ibadah haji tersebut"…katanya..

Buku travelog Haji hasil nukilan prof Kamil sentiasa di sisi..

Dan masih terngiang-ngiang kata-kata Prof Kamil semasa menziarahinya di Madinah,
“ Fatma, Allah sudah jemput nti awal untuk menunaikan haji, hanya tinggal waktu untuk nti pelihara kemabruran haji sahaja…apabila pulang ke Malaysia, nti hanya ada 2 bekalan, bekalan doa dan Istiqamah dengan amalan-amalan baik”..


Itulah sebenar-benar kekuatan...

Kerinduan itu bisa terpadam, dengan doa dan ibadah yang istiqamah!

Istiqamah dalam beribadah kepadaNya, walau di mana sahaja!

 “YaAllah, sungguh aku rindu kenangan di rumah agungMu, mengatur kata, berbicara lembut denganMu di hadapan KaabahMu, bertawaf memuji dan mengagungkanMu, bersujud dalam penuh pengharapan dariMu…sampaikanlah hajat hambaMu ini, untuk gantikan kerinduan itu dengan nilai istiqamah beribadah kepadaMu…


Kerinduan itu tewas dengan nilai istiqamah dan doa!

yaAllah, aku mohon keampunanMu..

Nik Fatma Amirah
IIUM
5 Mei 2014
12:09 PM


No comments:

Post a Comment

| Suara Siswa Ikim fm- Mahasiswa dan Bahasa Arab |

Alhamdulillah, selesai berkongsi bersama rakyat malaysia tentang Mahasiswa dan Bahasa Arab.. Terima kasih kepada rakan2 daripada Majlis T...