Saturday, January 25, 2014

:: BICARA LANGIT BAHAGIA ::



SEMINAR CELIK FAMILI- PWTC 29/12/2013

[BAHAGIA MEMBAHAGIAKAN]

-nota ringkas untuk diri..izinkan saya berkongsi dengan kalian...bacalah dengan mata hati...
(maaf jika xberapa teratur)

Slot 1-Inspirasi diri  
(Prof Muhaya)

4 peringkat kehidupan:

1-fizikal
2-pahlawan- you-want to be the best
3-bangsawan- memberi kpd orang
4-makrifatullah- mengenal Allah,

“mati sebelum kita mati”
-Hilang kewujudan diri, sangat bebas dari cemuhan, xfikir reputasi, xberlawan terhadap apa org buat kpd kita,

-Reset tujuan hidup- hanya untuk Allah..يا إلهي أنت مقصودي ورضاك مطلوبي

Siapakah diri kita?
-yang melihat atau yang dilihat?

3 komponen.
1-roh yang memerhati diri kita
2-minda-menjalani proses kehidupan kita-kesan minda beroperasi ialah fizikal kita
3-fizikal

-setiap kali kita marah, kita membazir tenaga kita...jadikan setiap saat hanya ada kasih sayang dan kebahagiaan…

-Ada baik,beri baik,dapat baik
-perkataan,bayang muka org positif dan negatif,kemarahan dan kemaafan,-efect kekuatan emosi kita
-third eyes-tengah2 antara 2 mata


Slot 2-Rumahku Syurgaku 
(ustaz Roslan dan Prof Muhaya)

-Biarlah keimanan yang memimpin rumah tangga
-hasan albanna walaupun sibuk dia akan makan bersama keluarga

Penting ini:

1-Doa
-faktor-keturunan yg paling dekat
-kekuatan seorang anak berpunca dari munajat seorang ibu dan ayah

*3 doa yang Allah xtolak-1-doa seorang ayah kpd anaknya...

2-Contoh
-teladan, kasih sayang, kata2 bestari-wujudkan wawasan dalam rumahtangga

3-selidik kawan kpd anak2 kita
-hadis nabi-kebaikan itu wujud apabila ada kawan yang baik

Wasiat utk kaum adam:

-isteri itu amanah agama, peliharalah ketaqwaannya dan keimanannya
-apakah wajar kita biarkan anak2 dan isteri dalam kejahilan?
-biarlah ilmu memimpin rumahtangga
-abdullah nasih ulwan berkata seorang pemimpin rumahtangga yang hebat,akan berfikir bagaimana dia nak bawa keluarganya kepada Allah dan perlu suami menyediakan kediaman yang menyukainya..
-kendurkan,dan buangkan perkataan negatif
-dalam rumahtangga perlu ada persepakatan
-outing ke masjid,ke rumah Allah
-ilmu yang moden hak kita, kalau kita x manfaatkan,kita akan mundur
-gunakan gadjet untuk kebaikan
-menegur melalui gadjet
-kita kawal teknologi,bukan teknologi mengawal kita..
-rabiatul adawiyah berkata -wahai anakku,setelah lama dibelai oleh bonda,sekarang tibalah masa kau berkahwin,jadilah isteri solehah,jaga maruah suami,jaga  harta suami…
-pesanan ayah kepada menantu lelaki-“ini harta ayah,ayah sudah jaga dan ayah sudah belai sehingga dewasa,ayah serah kepadamu amanah ini wahai menantuku..”
-jawab menantu lelaki- “baik ayah,saya terima amanah ini, ayah sudah bina tinggi akhlaknya,saya hanya melengkapkan sahaja…”

Slot 3-Yang dahulu,bukanlah yang sekarang
(Dato` Syed Zainal)

Menyedari hakikat 3 ekosistem:
1-ekosistem rumah-akui persekitaran sudah berubah, pemantauan dari ibu dan ayah amat penting..
2-ekosistem sekolah-memeriksa persekitaran sekolah
3-ekosistem kawan2- ibu bapa perlu jadi kawan,supaya masuk dengn ekosistem persekitaran anak2

Peringkat umur dan perkembangan anak2..
-0-7 tahun,mereka sedang download dan install program
-7-14-role modelling
-14-21-socializing

Good leader-memimpin dan menerima teguran

-amalkan Bedah buku bersama anak2
-suami isteri perlu solat berjemaah

Visual (baca) ,auditory (dengar) , kinestetic (pergerakan)


Slot 4-Hakikat Bahagia
(Ustaz Pahrol) 

-Rumahtangga adalah penanda aras hebatnya seorang pemimpin
-sinar islam yang dibawa oleh Rasulullah bermula dan terbit dari rumahtangga rasulullah..tengok bagaimana Rasulullah mentarbiyah keluarganya…
-mother Teresa ketika mendapat Anugerah Nobel..seorang wartawan menyoalnya…”bagaimana membentuk dunia yg aman?” Jawapannya, baliklah  ke rumah masing2 dan sayangilah keluarga anda..
-rumah dibina dengan kayu, rumahtangga dibina dengan kasih sayang...
-apabila berkaitan kasih sayang- not how to get but how to give
-hukum kasih syang = beri dahulu

Pegang 2 konsep ini:
1-jangan mencari bahagia dalam rumahtangga, tetapi bawalah  bahagia
2-dalam konteks rumahtangga, kita x akan bahagia selagi mana org sekeliling kita xbahagia…ibu ayah xboleh kata dia bahagia,selagi mana anak2nya x bahagia…

Tauhidic mindset

-suami ada PERANAN dan HAK..
- jika suami memainkan PERANAN maka HAK isteri dipenuhi
-dan jika isteri memainkan PERANAN maka HAK suami dipenuhi

-berfikir utk jalankan PERANAN bukan menuntut HAK..

-jangan fokus mendapatkan HAK, tetapi fokuslah utk memainkan PERANAN

Memberi kebahagiaan:CARANYA:
-mencari kebahagiaan
-memiliki kebahagiaan
-memberi kebahagiaan


Fikirlah:
-Apa erti bahagia,?
- bagimana mencari bahagia, ?
-bayarlah harga utk sebuah kebahagiaan..

Bagaimana utk mencari kebahagiaan?
-dari luar - (fizikal,material,outside in)
-dari dalam- (hati)


-Ujian hidup bukan punca tidak bahagia
analogi 1-orang hartawan dan org miskin
analogi 2-tangan yang tidak luka diperah limau
dan tangan luka diperah limau..yang mana akan merasa sakit? Dan luka punca sakit,bukan limau..jadi, limau itu ibarat ujian hidup..bukan disebabkan ujian hidup kehidupan kita x bahagia..

-Orang ramai sakit hati bukan sakit fizikal
-Tapi ramai pergi hospital,xramai pg masjid

Ucapkan subhanallah,walhamdulillah,allahuakbar 33x-zikir fatimah

-Fatimah  tidak minta hidup yang mudah, tetapi dia minta hati yang tabah

-orang beriman mengadu-yaAllah Engkau lebih besar dari masalahku,tetapi orang lemah mengadu yaAllah aku ada masalah besar..

-Dari 2000,berapa yg boleh maafkan org yg wat salah??
-jawanpannya-1000 yang memaaafkan,
-dari 1000 berapa yang boleh lupakan kesalahan orang tersebut?
-Dari yang boleh lupakan,berapa sahaja yg boleh menyayangi orang yang  pernah buat kesilapan kpd kita?

-Tetapi tidak Allah, Allah sayang orang yang berdosa dan memohon taubat kepadaNya..

Kesan zikir:

1)Rasa kehambaan- aku hamba,a ku layak diuji-sedar kita hamba Allah
istirja ' innalillahiwainnailaihi rajiuun

Selalu melihat pelangi atas kepala org lain-emosi negatif

a-Kita patut diuji-kita hamba Allah-tidak memberontak
b-Peminjam-Jangan rasa memiliki- kita bukan pemilik
c-cari kesalahan diri (tidak salahkan Tuhan)- ahli sufi berkata “cukup aku  cakap aku berdosa dengan Allah, apabila keldai aku xikut cakap aku”
d-sudah diberitahu (tidak terkejut) - set dah dalam kepala...hidup untuk diuji,dunia adalah dewan peperiksaan..apabila ujian datang hati sudah set,sudah berlaku janji Allah..dengan ujian merasa mereka terpilih,mereka tidak rasa tersisih..


2-Rasa Bertuhan
rasa terbela (kuat) –hasbiyallah- memadailah Allah:

1-tempat mengadu
2-tempat mengharap-tak putus asa
3-tempat berserah-tenang

Contoh: cara
-tulis atas kertas, orang yang dikasihi,dipercayai,orang yg berkuasa,kuat

-Jika kita ingin Allah bercakap dgn kita bacalah quran, tapi jika ingin bercakp dengan Allah lakukanlah solat..

3-Faham takdir
-bijak bertindak
-Alhamdulillah-segala puji bagi Allah..

Kita lihat dengan ilmu yang terbatas, Allah beri dengan ilmuNya yang luas.

a-miskin-sabar (nabi isa)
b-kaya-syukur (nabi sulaiman)

metafora-anak dan ibu (ambil rotan,baca buki)

-What happen in you,is important than what happen to you

Kaffarah-org baik,Allah bagi ujian, untuk penghapusan dosa
Ibtila '-org baik, tgh buat kebaikan,tiba2 ditimpa musibah- kerana Allah nak tambah pahala dan naikkan darjat

-ALLAH SEDANG BICARA DENGAN TAKDIRMU..

-Allah mendidik isteri melalui kerenah suami
-Allah mendidik suami melalui kerenah isteri

-FAHAM TAKDIR ALLAH

4-Hayati hikmah
rasa beruntung

-Kebahagiaan itu datang dari hati yang sentiasa berzikir kpd Allah...

-Analogi semut yang duk dalam karpet,tapi diangkt keatas,wau cantikny karpet 2..kata semut..
Sama juga dengan kehidupan kita,sekarang dalam situasi ini kita rasa hidup ini x indah,tetapi jika diangkat kepada kesedaran ketuhanan,kita akan dapati bahawa indahnya hidup ini..

-Kesedaran keegoan vs kesedaran ketuhanan

Slot 5-Forum
 (Dr Muhaya,Dato` Syed Zainal, Ustaz Roslan, Ustaz Pahrol)

-buat skrip keluarga
-tanya peratus kepada suami setiap hari…”abang,berapa peratus saya hari ini”…apa yang abang x puas hati dengan saya hari ini?"

Tips menambat hati suami:
-penghargaan
-sebut kebaikan dia, hargai suami
-pandang hari pertama dan terakhir melihat dia..
-minta ampun pada suami sebelum tidur
-Tanya suami, betul x apa yang saya buat ini?
-baik pada mak mertua

Tips menambat hati isteri:
-mengalah dan kurangkan ego
-baik pada keluarga
-spend time dengan isteri
-30 min yang terakhir sebelum tidur,sharing session

-Tanya isteri, “muka abang muka ahli syurga atau x?
***-asas penambatan hati suami isteri-
1-bersama-sama cari ilmu,
2-hidup dalam jamaah,manfaatkan waktu jam 7-9malam, buat aktiviti berjemaah
3-akhlak yang mulia..

-buang ego,menjadi pendengar yang baik..lentur ego dengan ibadah asas..
-indikator- jaga solat fardhu (hablun minallah)  makan berjemaah (hablun minannas)
-menjadi pendengar yang baik- the first duty to be love is to be hear..not just hearing but listening..
-doa dibelakangnya-niatkan hadiah kpd org lain untuk isteri kita..
-jaga solat
-hargai semua isteri buat untuk menyukai kita, walaupun kita x suka..
-jangan cari isteri yang cantik,tapi carilah kecantikannya..

Tips penjagaan bayi:
-ibu bapa yang baik keberkatan Allah beri kpd anak2nya..
-niat ada anak untuk pencen kubur
-perelokkan nama anak, doa yang berpanjangan atas nama anak2..
-sempurnakan tahnik dan aqiqah untuk mereka..

wallahu a`lam..

No comments:

Post a Comment

| Suara Siswa Ikim fm- Mahasiswa dan Bahasa Arab |

Alhamdulillah, selesai berkongsi bersama rakyat malaysia tentang Mahasiswa dan Bahasa Arab.. Terima kasih kepada rakan2 daripada Majlis T...