Deen`s List...Kerana, Dean`s List semata-mata tidak mencukupi |
“Zaharoh, akak pergi solat sebentar ya”, tolong
tengokkan beg akak ya”
“Baiklah akak”, jawab Zaharoh, matanya tertumpu
pada skrin laptop, terpapar satu microsoft word dihadapannya untuk dia isi
lengkap satu entri Latoif Quran..”
Setelah selesai mengadu lembut pada Allah di
Musolla tingkat 1 library, aku terus kembali ke Tingkat 2, untuk bersama-sama Zaharoh
meneruskan projek penulisan..
“Zaharoh, akak rasa nak pergi talk Deen`s List
di Moot Court…akak rindu nasihat dari Ustaz Pahrol…
Talk Deen`s List tersebut menampilkan ustaz
Pahrol dan Ustaz Ghazali Ibrahim, best Zaharoh!Jom.
“Ayuh”, responnya ringkas!
Alhamdulillah, Allah itu sungguh baik, dan
Allah sentiasa memandu hati ini untuk sentiasa berada dalam kebaikan..
Alhamdulillah, Allah lapangkan masa, dan Allah
lunakkan hati untuk berada dalam majlis ilmu malam tadi..
Mengisi hati
“Apa tujuan hidup kita? Dan Apa tujuan kita
belajar?” Tanya Ustaz Pahrol
Jawabnya pantas, Untuk menjadi hambaNya dan
untuk menjadi Khalifah!
Ringkas bukan!
Tetapi…
Perlaksanaanya cukup-cukup mencabar..
Apa itu tugas hamba dan apa tugas khalifah?
Tugasan seorang hamba adalah untuk serve majikannya,
tugas kita sebagai orang islam, adalah untuk beribadah kepada Allah..dan
berusaha menjadi hambaNya yang terbaik!
Ingat! Belum cukup dengan menjadi seorang
hamba..
Kita juga adalah Khalifah. Kita bukan hanya perlu
menjadi soleh, tetapi kita juga perlu menjadi Musleh...orang yang memberi
kebaikan dan pengislahan kepada masyarakat dan agama..
Jadi, bagaimana perlaksanaannya?
Aku buntu! Beratnya tanggungjawab ini..
Ah! Tidak!
Pertama kita perlu ada ilmu…Ilmu itu imam dan amal
itu makmum..
Apa kaitannya dengan saya sebagai seorang
pelajar?
Soalan yang halus menyelinap masuk disudut memori..
Tugas belajar bukan tugas yang kita cari, tetapi
tugas yg ditaklifkan oleh Allah keatas kita..
Tugasan belajar adalah tugasan ibadah, tugasan
jihad dan tugasan keagamaan!
yaAllah, selama ini aku salah, belajar aku
anggap sebagai bebanan dan semata-mata untuk sijil dan lulus…
Perbetulkan mindset
Dalam belajar hanya ada 2 I.. Apa itu 2 I?
Pertama:
Ikhlas (ia adalah tujuan)..Ikhlas kerana Allah ,Menuntut ilmu untuk menjadi
hambaNya..
Kedua: Ittiba ' dengan sunnah rasulullah (ia adalah jalan)
Belajarlah untuk memenuhi tujuaan hidup, bukan untuk
memenuhi keperluan hidup!
Tujuan dan Keperluan jauh bezanya..
Berbalik kepada belajar adalah ibadah tadi…Apabila
belajar itu dianggap ibadah, ia akan memberi kesan iaitu kesan lebih Taqarrub kepada
Allah..
Tetapi,mengapa ya, ramai yang belajar,semakin
tinggi semakin bongkak dan tinggi diri!
Bermakna, dia belum sampai ke tahap, menganggap
belajar itu ibadah!
Pelajar yg mempunyai agama jauh bezanya dengan
pelajar yang beragama..
Pilihlah salah satu…yang terbaik, jadilah
pelajar yang beragama..
Dilema Akademik atau Fardhu Ain?
Sahabat-sahabat, belajarlah akademik tetapi jangan
sampai menggadaikan ilmu fardhu ain
Jadikan ia sepadu! Bukan setaraf..
Aku bukan Mahasiswa Pendrive!
Elakkan menjadi mahasiwa pendrive hanya tumpahkan ilmu ke kertas soalan..seperti fungsi
pendrive yang paste folder ke laptop..
Mahasiswa pendrive akan lebih cenderung untuk
copy ilmu semata-mata, tetapi tiada ruh yang mengiringi ilmu tersebut..
Ketaqwaan pada Allah…
Orang yang berilmu, semakin tinggi ilmunya
semakin tinggi ketaqwaanya kepada
Allah..
Allah pernah menyebut dalam firmannya, “sesungguhnya
orang yang takut pada Allah adalah org alim (ulamak)..”
Ilmu itu adalah ketibaan makna pada jiwa, bukan
pada akal semata-mata…
Mahasiswa sangat perlukan usrah, halaqah,
tarbiyah untuk menghidupkan enjin penghayatan dalam agama dan menambak
ketaqwaan padaNya..
Dilema
datang lagi!
Dilema, nak ikut usrah atau nak focus belajar?
Jawapannya, jadikan ia Synergy.. 1+1=3…usrah +
belajar= melahirkan manusia yang osem!
Dorongan atas dasar selain agama adalah lemah,
tetapi dorongan atas dasar agama kita mampu mencapai maximum limit..
Kerana apa?
Kerana dorongan atas dasar agama adalah
bertunjangkan dekatnya seseorang itu kepadaAllah, Allah menjadi sumber untuk
mereka push the limit to the maximum!
Yang paling baik adalah, ambil roh dari usrah,
luahkan di kuliah dan muncullah sebagaimanusia yang Taqarrub dengan Allah..
Jadikan dunia dan akhirat sepadu, bukan
seimbang..
Senang bukan!
Pesanan buat penuntut ilmu
Ilmu itu sifatnya cahaya..cahaya Allah itu
sifatnya menolak untuk berada dalam hati yang dipenuhi maksiat!
Tidak dinafikan, manusia akan seronok dalam
cahaya dan manusia tidak suka akan kegelapan..
Ilmu juga adalah jalan menuju iman
Dekatilah Allah dengan hati dan Iman..
Stress dalam menuntut ilmu
Menuntut ilmu, sepatutnya tiada tekanan..kerana
matlamat kita adalah Allah..
Stress adalah fitrah..Allah kurniakan stress untuk
kita lebih maju kehadapan..Stress ibarat geseran dalam hukum fizik, dengan
geseran, kita akan dapat berdiri tegak…jika tiada geseran, kita tidak mampu
berdiri, badan kita akan meluncur..
Bagaimana menangani stress?
Ingat! utk tenang mesti ingat Allah..
Belajar dengan niat kerana Allah, menjadi hamba
dan khalifahnya!
Apabila belajar kerana Allah, kekuatan akan hadir
secara luar biasa!
Kekuatan dan ketabahan akan hadir kerana
harapanmu dalam belajar adalah agar Allah bantu..
Lazimilah Zikrullah, contohnya zikir siti Fatimah.
Tanpa zikir, diri kita akan lemah..percayalah!
Elakkan dosa,kerana hati akan resah. Itulah
punca stress..
Apa itu dosa semasa belajar?
Tidak hormat guru, selalu ponteng kelas, selalu
meniru, dan malas..
Bagimana untuk mengatasinya?
Jagalah solat. Rehatkan diri dan minda dengan
solat..Ia akan membawa ketenangan!
Kadang-kadang ada kekuatan yang Allah campakkan
semasa solat bukan semasa diluar solat..
Study smart vs study hard
Study smart lebih baik! Ada target bulanan dan mingguan
untuk revision dan sebagainya..
Allah tidak menilai Effect,tetapi Allah menilai
Effort!
Allah tidak menilai kamu dean`s list atau
tidak, tetapi yang Allah lihat adalah usaha kamu..
Allah tidak ciptakan manusia bodoh, tetapi Allah
cipta kebijaksanaan yang berbeza..
Hidup adalah untuk complete each other, bukan to compete with others..
Aku
yakin, kamu mampu buat yang terbaik..
Ya,
mestilah!
Kerana
Aku Bukan Mahasiswa Pendrive!
Nik Fatma Amirah Nik Muhamad
IIUM
10 Mei 2014
01:00PM
nikfatmaamirah.blogspot.com
Menuju Syurga Yang Abadi
No comments:
Post a Comment